MEJAR ZAIDI DINASIHATKAN JANGAN MENIPU DI BULAN RAMADHAN

Usai solat Jumaat minggu lalu, video Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mejar Zaidi Ahmad ditampar oleh seorang penyokong sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri Pulau Mutiara itu telah tular di laman sosial.

Zaidi ditampar ketika Majlis Himpunan Aman anjuran Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP). Ketika ditanya mengapa beliau ditampar, Zaidi mendakwa beliau hanya bertanyakan soalan namun dikasari seorang daripada penyokong NGO itu.

Namun bagaimanapun, kenyataan Mejar Zaidi itu boleh diragu-ragu kerana punca sebenar beliau dikasari telah didedahkan. Inilah jadinya apabila terikut-ikut sikap jelik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sering memutar belit cerita.

Zaidi dikasari kerana cuba membuat provokasi ketika Pengerusi JMPP Mohamed Hafiz Mohamed Nordin sedang berucap di luar Masjid Simpang Enam, Pulau Pinang bagi membantah campurtangan kerajaan negeri dalam urusan fatwa oleh muftinya.

Itulah yang didedahkan oleh Mohamed Hafiz dan juga menempelak Zaidi kerana memutar belit pernyataan beliau. Provokasi biadap yang dilakukan oleh Zaidi, dilihat seolah sengaja mahu menimbulkan ketegangan di kalangan peserta sehingga mencetus kontroversi.

Beliau menjelaskan tujuan demo itu adalah untuk membantah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang didakwa masuk campur urusan Hal Ehwal Islam.

“Walaupun perkara ini sudah lama berlaku tetapi ianya tidak dinafikan dan bukan setakat itu sahaja malah, ianya telah diakui oleh bekas mufti yang lalu Datuk Seri Hassan Ahmad,” tegas Mohamed Hafiz.

Katanya, jika Zaidi sanggup tunggu sehingga habis penerangan tanpa provokasi, beliau boleh mendapat jawapan yang sebenar dan kemungkinan juga insiden ditampar tidak akan berlaku.

“Jadi, logikkah apabila seseorang datang dalam satu program protes atau demo kemudian ingin bertanya soalan, perihal demonstrasi, takkan dia (Zaidi) tidak tahu hal itu.

“Seperkara lagi, jika benar Zaidi hendak bertanyakan soalan mengapa dengan cara provokasi sehingga menarik tangan saya yang sedang berucap?

“Apabila Zaidi menarik tangan saya, maka ketika kejadian itu, siapa pun yang berada berhampiran saya akan cuba menghalang dia.

“Siapa sebenarnya yang berkeras dalam hal ini, dan jelaslah niat dan tujuan dia hadir itu hanyalah untuk memprovokasi demo bantahan itu.

“Dan apabila seorang peserta menolaknya, dia (Zaidi) pula cuba melawan maka kejadian itu memang di luar kawalan saya sehingga menyebabkan Zaidi ditampar oleh salah seorang peserta yang hadir.

“Bagaimanapun, saya tetap meneruskan ucapan tanpa mempedulikan provokasi Zaidi ke atas saya sehingga tamat, bukti jelas boleh dilihat melalui video yang dirakamkan perserta yang hadir,” kata Mohamed Hafiz.

Oleh demikian, Mejar Zaidi dinasihatkan janganlah menipu dan memutar belit cerita lagi untuk menutup kesalahan yang telah terbukti. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana