MB SELANGOR GAGAL JAGA KESUCIAN RUMAH IBADAT ORANG ISLAM DI SELANGOR

Sudah terlambat bagi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin politik di Selangor supaya mematuhi garis panduan yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung penganjuran majlis di masjid dan surau bagi menjaga kesucian rumah ibadat orang Islam itu.

Insiden yang berlaku di Selangor, sedikit sebanyak telah menjejaskan imej dan kredibiliti Menteri Besar Selangor sebagai Ketua Negeri kerana beliau gagal menjaga dan memantau sebarang aktiviti atau majlis anjuran wakil rakyat yang dilakukan di masjid dan surau khususnya melibatkan wakil-wakil rakyat bukan Islam dari Pakatan Harapan itu sendiri.

Baru-baru ini, Sivarasa didakwa mencemarkan kesucian Masjid An Nur Kampung Melayu Subang apabila memberi ceramah berkaitan politik di masjid itu, Rabu lalu. Wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagaimanapun menafikan beliau memberi ceramah di masjid berkenaan, tetapi gambar-gambar Sivarasa yang berada di ruang solat masjid sudah menjadi tular di media sosial menunjukkan perkara sebaliknya.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, berkata Sivarasa juga ada menemui beliau bagi menjelaskan keadaan yang berlaku, namun Menteri Besar itu enggan memberitahu butir penjelasan berkenaan. Kemungkinan besar Azmin Ali cuba untuk menutup kesilapan dan kegagalannya dalam memantau isu ini.

Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim dilaporkan sebagai berkata Sultan Sharafuddin murka dan dukacita terhadap tindakan anggota Parlimen itu yang didakwa memberi ceramah berkaitan politik di masjid berkenaan. Pendek kata, pemimpin politik beragama Islam dan bukan Islam perlu menghormati fungsi utama masjid dan surau sebagai tempat beribadah serta menyatupadukan umat Islam dan bukannya sebagai medan untuk berpolitik.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment