MB Perak tolak cadangan MCA orang Cina jadi Datuk Bandar Ipoh...APa Hal Sampai Mintak Jawatan Macam Tu Sekali?

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir tidak bersetuju dengan cadangan MCA supaya Datuk Bandar Ipoh dilantik kalangan tokoh berbangsa Cina berasaskan kedudukan kawasan berkenaan dimana majoritinya penduduk Cina.

Beliau berkata cadangan dari Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai supaya kawasan majoriti Cina diizinkan orang Cina menjadi Datuk Bandar tidak harus dilihat berdasarkan kaum.

Dr. Zambry diminta mengulas kenyataan Tiong Lai mengumumkan bahawa beliau akan berjumpa dengan Perdana Menteri untuk mencadangkan kawasan majoriti Cina seperti di Johor Bahru dan Ipoh diizinkan orang Cina menjadi Datuk Bandar.

Menjelaskan bangkangannya itu, Zambry berkata perlantikan itu hendaklah bersandarkan kepada merit atau kelayakan seseorang untuk layak dilantik sebagai Datuk Bandar.

Justeru katanya jika isu itu dilihat hanya kepada perspektif kaum maka  akhirnya mereka tidak dapat keluar dari kepompong lingkaran yang berasaskan kepada etnik.

"Saya berpendapat perlantikan Datuk Bandar mestilah mengikut saluran sesiapa saja yang dilantik dan kita jangan beranggapan jika kawasan itu majoritinya Cina maka mereka mesti dilantik Datuk Bandar.

"Begitu juga kalau kawasan itu ramai kaum India maka mesti dilantik dari bangsa itu dan sama juga seperti Melayu," katanya.

Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Kerajaan Negeri Perak 2017 di Dewan Serbaguna Bangunan Perak Darul Rizuan, Ipoh.pada Selasa.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Sementara itu dalam majlis sama, sebanyak 2,500 bekas bubur lambuk diagihkan kepada warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak termasuk 17 jabatan antaranya Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Mengenai isu pelupusan sampah bukan sahaja melibatkan masyarakat yang tinggal di kawasan itu tetapi membabitkan isu negeri, Menteri Besar isu ini perlu dilihat dari skop gambaran yang besar dan tidak boleh dipandang remeh.

Malah katanya kerajaan sentiasa komited dengan melaksanakan pelbagai kaedah bagi menangani isu pelupusan sampah ini.

"Kita ada sampah sarap yang perlu dibuang setiap hari, di mana nak buang? Tetapi caranya ialah dengan membuat dan menggunakan kaedah serta teknologi terbaik.

"Kita memastikan supaya tempat pembuangan sampah itu terpelihara dengan baik dan dikendalikan dengan baik," katanya.

Menurut Dr. Zambry, baru-baru ini beliau telah meminta satu pasukan lain untuk meninjau bagaimana menggunakan kaedah 'hidrotermal' yang merupakan antara usaha berterusan dari kerajaan negeri.

"Saya faham masalah yang dihadapi berhubung isu ini termasuk masalah yang dihadapi penduduk dan sesiapa pun yang berada di satu-satu kawasan.

"Masalah bau ini bukan masalah baru malah saya pun telah bangkitkan berkali-kali kepada pihak MBI, tengok macamana hendak selesaikan," katanya.


Beliau juga telah meminta pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membantu menyelesaikan masalah pelupusan sampah ini.

Beliau mengulas isu penduduk sekitar Kampung Papan Lama, Pusing yang terpaksa berdepan kehidupan terjejas akibat kewujudan tapak pelupusan sampah Lahat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana