MAT SABU DAKWA NAJIB CEMARKAN IMEJ MALAYSIA DIKALANGAN NEGARA ARAB....KIKIKIKI MAT SABU KATA

Politik PAN siapa tak kita kenal dengan Pembohongan dan buat tuduhan 

Kecenderungan Perdana Menteri bersikap memihak dalam isu-isu membabitkan konflik antarabangsa menggugat dasar aman, bebas dan berkecuali negara, tegas presiden PAN, Mohamad Sabu.

Malah tindakan Datuk Seri Najib Razak membawa Malaysia ke dalam ‘pelukan’ Arab Saudi, ujar Mohamad menyukarkan negara untuk menjadi orang tengah dalam konflik diplomatik Qatar kerana Malaysia telah berpihak kepada blok yang diketuai Arab Saudi.

“Seringkali saya ingatkan bahawa Malaysia adalah salah sebuah negara dihormati peranannya khususnya dasar berkecuali yang diamalkan sejak sekian lama.

“Malah dalam Pergerakan negara-negara berkecuali (NAM) itu menjadikan Malaysia mahsyur dengan dasar berkecuali itu. Begitu juga dalam konflik antarabangsa, apabila Malaysia banyak terlibat dalam mencari penyelesaian.

“Namun sejak kebelakangan ini, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak cuba membawa Malaysia keluar dari dasar negara berkecuali,” ujarnya.

Mohamad memberi contoh sikap Najib ketika menghadiri himpunan 50 negara Arab dan Islam yang menyaksikan presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengisytiharkan Iran sebagai musuh kepada Amerika, Arab Saudi dan Israel.

Apa yang dikesalkan, tambah beliau, Najib ketika berucap turut menggambarkan bahawa Iran terlibat dalam membiayai keganasan sedangkan para pemimpin negara bukan Arab tidak membuat kenyataan sedemikian rupa.

Ekoran tindakan Najib yang membawa Malaysia ke dalam ‘pelukan’ Saudi, Malaysia gagal memainkan peranan sebagai anggota OIC yang dihormati untuk melegakan ketegangan antara Arab Saudi dan Qatar.

“Sikap Malaysia sepatutnya menjadi negara pendamai, bukannya negara yang turut terlibat dan memihak kepada pihak yang bersengketa.

“Imej Malaysia yang begitu harum dalam OIC dan NAM tercemar di bawah pimpinan Najib Razak,” ujarnya.

Sehubungan itu, Mohamad menggesa agar imej Malaysia di peringkat antarabangsa sama ada di bidang ekonomi, diplomatik atau hubungan antarabangsa dipulihkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana