MASA KENA BUANG DARI UMNO, MELALAK-LALAK KONONNYA TAK ADIL, LA NI KENA PERSOALKAN KEKAYAAN, MELALAK-LALAK SI MUKHRIZ NAK HERET SI PENUDUH KE LEMBAGA DISIPLIN PARTI!!!

Masa dipecat dari UMNO dan kehilangan kuasa sebagai Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir mengongoi ke hulu hilir sambil mendakwa, tindakan yang diambil terhadapnya adalah kerana dia berani, lantang dan bersikap terus terang menentang Presiden UMNO dalam isu 1MDB. Katanya lagi, UMNO sudah tidak demokratik kerana menghalang kebebasan bercakap dan bersuara. Malah bersama-sama bapanya, Mukhriz melabelkan Najib sebagai autokratik kerana enggan mendengar kritikan dan suka mengambil tindakan untuk menutup mulut.

Itu masa kena kat dia...

Sekarang ni, dia pula yang terkena.

Media melaporkan Mukhriz Mahathir akan membawa Exco Armada Cap Bunga, Muhammad Hafiz Azhar ke Lembaga Disiplin parti itu kerana mengkritik bapanya dan dia sendiri beberapa hari lepas.

Muhammad Hafiz Azhar muncul dalam sidang media yang kemudian disiarkan oleh TV3 mempersoalkan kekayaan luar biasa dan sekelip mata anak-anak Mahathir serta skandal seks yang melibatkan Presiden parti itu dengan isteri orang.

Sebahagian besar penyokong Mahathir menuduh Muhammad Hafiz Azhar telah dibayar oleh UMNO. Manakala Ketua Armada, Syed Saddiq pula menuduh UMNO terlibat dan mencabar UMNO serta Najib Abdul Razak untuk berdebat tanpa sedikit pun mahu menjelaskan tentang pendedahan yang dibuat oleh Muhammad Hafiz Azhar.

Kekayaan luar biasa Mukhriz yang memperolehi kontrak lumayan monopoli fiber optik untuk TM, telah banyak diperkatakan terutama di kalangan orang-orang UMNO sendiri sebelum dia ditendang keluar lagi. Cuma pendedahan menerusi media sahaja tidak dibuat. Kontrak tersebut diperolehi semasa penghujung kerjaya bapanya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tidak pernah dapat dijawab oleh Mukhriz Mahathir yang pada itu merupakan Bendahari UMNO Kedah. UMNO Kedah bagaimanapun, tidak memperolehi sebarang manfaat daripada kontrak yang diperolehi oleh syarikat Mukhriz sebaliknya, semua urusan mencari dana UMNO Kedah, dibuat oleh Ahmad Bashah Hanipah.

Mukhriz sepanjang berada dalam UMNO Kedah, hanyalah pengantin dan anak patung!

Antara sebab-sebab penubuhan Parti Cap Bunga adalah kononnya untuk mempertahankan kebebasan bersuara. Sebab-sebab yang lain termasuklah untuk membuktikan bahawa autokratik bukanlah cara terbaik untuk menguruskan sesebuah parti dan pentadbiran walaupun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO dahulu, sangat terkenal dengan sifat kuku besi dan segala kehendaknya perlu dipatuhi.

Ternyata, apabila dia sendiri dipersoalkan, Mukhriz masih kekal tidak menjawab dan tidak tahu bagaimana hendak menjawab, sebaliknya tindakan disiplin dikenakan.

Jadi, masa dia kena tindakan disiplin oleh UMNO hari tu, jadah apa pula dia pusing keliling dunia duk melabun kononnya dia teraniaya?

Jawab sahajalah apa yang ditanya oleh budak Hafiz tu? Budak sendiri juga, kan? Pengkagum Mukhriz dan Mahathir tu.

Tak perlulah jadikan alasan kononnya agen UMNO meresapi Cap Bunga, kerana hampir keseluruhan Cap Bunga itu adalah dari UMNO juga. Sendiri jadi parasit, takkan memandang semua orang sebagai parasit!

Jawab sajalah, Mukhriz... tak payah nak berlakon zuhud lagi!!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana