MALIK KASSIM PERTAHANKAN TINDAKAN GUAN ENG BERBUKA PUASA DENGAN UMAT ISLAM

Meskipun telah jelas pimpinan parti rasis dan cauvinis DAP sememangnya anti Melayu dan Islam, malah sehingga berani masuk urusan agama Islam. Namun menyedihkan, masih ada segelintir pihak yang cuba mempertahankannya.

Baru-baru ini, kumpulan Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) menghalang orang bukan Muslim menyertai buka puasa, yang khasnya ditujukan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Namun bagaimanapun, Exco Agama Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Kassim sebaliknya mempertahankan tindakan Guan Eng yang merangkap Setiausaha Agung DAP berbuka puasa dengan umat Islam.

Beliau menegaskan dan menasihati orang ramai agar tidak keliru dengan Islam yang dibawa JMPP. Ini kerana katanya, langkah menghalang orang bukan Muslim menyertai buka puasa bukanlah ajaran sebenar Islam.

Abdul Malik berkata, sebagai sebuah negara pelbagai kaum dan agama, memang menjadi kelaziman orang bukan Islam menyertai orang Islam berbuka puasa semasa Ramadan.

“Ia adalah keterlaluan. Orang Pulau Pinang yang cintakan keamanan menolak tingkah laku melampau ini,” kata Abdul Malik.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kejadian kekecohan berlaku di depan Masjid Simpang Enam apabila ada penyokong JMPP menampar Pegawai Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad selepas sembahyang Jumaat.

Provokasi biadap yang dilakukan oleh Zaidi Ahmad dikatakan sengaja mahu menimbulkan ketegangan di kalangan peserta sehingga mencetus kontroversi pada Majlis Himpunan Aman yang diadakan selepas solat Jumaat di luar Masjid Simpang Enam, Pulau Pinang, baru-baru ini. – Utaranews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana