MAHFUZ WAJAR KEMBALI KE SEKOLAH ATAU BERSARA SAJA…

Kadang-kala tidak dapat dijangka serendah mana daya pemikiran Datuk Mahfuz Omar. Ada yang berpandangan IQ beliau berada di paras kepala lutut, namun ada juga yang berpandangan di tahap buku lali, malah ada yang berpendapat tahapnya hanya di bawah telapak kaki.

Kenyataan terbaru Mahfuz menyaksikan Ahli Parlimen Pokok Sena itu memperlekeh pemberian dekoder secara percuma kepada 4.2 juta penerima BR1M tidak lama lagi. Dia mendakwa kononnya pemberian itu tidak dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat di negara ini.

Pada pandangan penulis, pandangan Mahfuz itu mungkin menunjukkan tahap pemikirannya yang cukup rendah dalam sejarah Ahli Parlimen di negara ini.

Apakah dia tidak tahu bahawa majoriti rakyat di negara ini semuanya memiliki televisyen di rumah masing-masing, termasuk para penerima BR1M yang terdiri dari golongan berpendapatan rendah sememangnya menjadi sasaran kerajaan untuk dibantu?

Sedarkah Mahfuz bahawa majoriti dari mereka selama ini terpaksa ‘memperhambakan’ diri melanggan siaran televisyen dari stesen televisyen berbayar? Malah ada juga yang terpaksa berpinar biji mata menonton televisyen yang tidak jelas kerana bergantung kepada arial di atas bumbung sahaja?

Kenapa mereka terpaksa melanggan siaran dari stesen televisyen berbayar? Kerana itulah satu-satunya cara sebelum ini sebagai medium utama untuk mendapatkan maklumat harian dengan siaran yang jelas.

Ada yang terpaksa membayar hampir RM30 hingga RM50 sebulan untuk mendapatkan siaran televisyen yang jelas. Sedar atau tidak, jumlah tersebut sebenarnya mampu memberikan mereka sekampit atau dua kampit beras 10 kilogram yang cukup untuk sebulan, bukan?

Bukankah lebih bermanfaat jika wang yang dibayar kepada stesen televisyen berbayar itu digunakan untuk barang keperluan berbanding kehendak?

Jadi, mungkin kerana menyedari konflik kos melepas antara barang keperluan dan kehendak itu, maka pihak kerajaan cuba meringankan sedikit kos sara hidup di kalangan golongan berpendapatan rendah di negara ini. Salahkah tindakan itu?

Lagipun, tindakan memberikan dekoder percuma itu juga mungkin akan memberikan lebih pilihan kepada rakyat di negara ini untuk mendapatkan khidmat percuma berbanding berbayar yang sedang dimonopoli oleh golongan kapitalis tertentu?

Penulis tidak pasti sama ada Mahfuz ada belajar mengenai asas ekonomi, fungsi sesebuah kerajaan dan pembentukan dasar kerajaan atau tidak. Jika belajar, penulis tidak pasti sama ada dia lulus atau tidak subjek berkenaan.

Namun jika diteliti pada hujah dangkalnya itu, berkemungkinan besar Mahfuz tidak mempunyai ilmu yang cukup dan hanya menggunakan logik akalnya yang bersandarkan tahap pemikiran yang sangat rendah. Jika tidak, pastinya dia tidak akan kemukakan hujah sedangkal itu, bukan?

Justeru itu, penulis menyarankan supaya Mahfuz bersara sementara dari menjadi seorang ahli politik, sebaliknya kembalilah ke sekolah dan belajarlah bersungguh-sungguh, sekurang-kurangnya hingga ke menara gading serta lulus dengan baik.

Di zaman serba moden ini, Malaysia memerlukan ahli politik yang bijak, berkelulusan dan berilmu untuk membangunkan negara. Jika Mahfuz tidak memiliki syarat berkenaan, maka sejujurnya penulis berpandangan eloklah dia pencen saja dari menjadi ahli politik…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana