MAHFUZ KATA PAS IBARAT KEMBALI TERJUN PERIGI BUTA

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar teruja, gembira dan bangga kerana PAS akan terus kekal bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kerajaan negeri Selangor walaupun hubungan politik PAS dengan dua parti itu telah terputus.

“Saya gembira bercampur duka. Tetapi nampaknya keputusan itu seakan mahu menarik PAS kembali terjun ke dalam perigi buta,” kata Mahfuz

Menurut Mahfuz lagi, keputusan itu bukan sahaja semata-mata mengekalkan tiga anggota Exco tetapi secara langsung turut mengekalkan lebih dari 5,000 ahli PAS yang menjawat pelbagai jawatan lantikan politik sejak parti itu berada dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Ini suatu yang sudah tentu membuatkan lebih 5,000 ahli PAS menarik nafas lega kerana banyak manfaat dan faedah yang mereka perolehi sejak tertubuhnya kerajaan Pakatan Rakyat dahulu,” kata Mahfuznya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Beliau percaya, Exco PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad yang juga Naib Presiden PAS berjaya mempengaruhi keputusan untuk tidak menarik diri dari pentadbiran kerajaan Selangor.

“Sebelum ini Dewan Ulamak PAS Selangor pernah menyindir ADUN dan ahli Parlimen PAS dengan kata-kata: …”bila berhadapan dengan ujian di dalam jamaah kita nampak dengan mata kepala kita sendiri.”

“Selama ini kita bicara menerusi kitab-kitab haraki sahaja.. sekarang kita lihat dan saksi dengan realiti,” kata Mahfuz memetik kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Selangor, Najhan Halim.

Antara yang disenarai Najhan dalam 10 perkara ekoran kenyataan wakil rakyat PAS Selangor itu ialah:

1. Sayang jawatan
2. Takut kalah
3. Hilang jatidiri
4. Jawatan dalam kerajaan lebih tinggi daripada jawatan dalam jamaah
5. Hilang bergantung kepada Allah. Lebih kepada manusia
6. Kepentingan jamaah tak lagi diutamakan
7. Terlalu sayang kepada nikmat harta ghanimah bimbang terlepas
8.Tak yakin dengan janji Allah
9. Banyak alasan diberi daripada taat dan patuh serta wala’
10. Mencari peluang dunia dilebihkan daripada habuan akhirat.

Menurut Mahfuz, kenyataan Najhan itu telah dibalas oleh Iskandar yang merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor ketika itu dalam posting di facebooknya dengan menyatakan “golongan ini (ulamak) umpama berada dalam ‘perigi buta’ sejak PRU tahun 2008 kerana tidak melihat banyaknya manfaat yang PAS perolehi”.

Kenyataan Iskandar ini memperlihatkan keputusan PAS seakan mahu menarik parti kembali terjun ke dalam ‘perigi buta’ atau ‘telaga buruk’, kata Mahfuz lagi.

“Rakyat, ahli serta penyokong PAS dan saya sendiri berduka kerana PAS sedang berhadapan dengan kesan dari kesilapan memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR.

“Namun dalam masa yang sama masih kekal di dalam kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Azmin Ali yang sebelumnya didakwa menentang agenda Islam PAS,” katanya.

Menurut Mahfuz lagi, PAS juga telah mengisytiharkan perang menentang Pakatan Harapan termasuk di negeri Selangor yang mana PKR, DAP, PAN dan PPBM berada dalam gabungan itu.

Adalah amat sukar untuk PAS berada di luar ‘perigi buta’ selepas PRU14 nanti sekiranya PAS memilih jalan untuk menentang BN dan dalam masa yang sama menentang Pakatan Harapan, kata Mahfuz.

Bagi Mahfuz, masih belum terlambat untuk PAS menyemak kembali keputusan untuk tidak bersama Pakatan Harapan. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana