MAHATHIR TERMALU SENDIRI DENGAN KENYATAAN EXCO ARMADA INI

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamed menerima tamparan hebat hari ini apabila Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) parti itu sendiri mempertikaikan kelayakan beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.

Exco Armada PPBM, Abd. Wahazir Abd. Wahab berkata, Dr. Mahathir tidak layak kerana DAP mempunyai lebih ramai wakil dalam Parlimen berbanding PPBM.

“Saya rasa dari segi itu (calon Perdana Menteri ke-7), DAP pun mendesak mahu menjadi Perdana Menteri dan bagi saya Dr. Mahathir tidak layak lagi untuk menjadi Perdana Menteri.

“Kepemimpinan menyatakan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk menjadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mentor saya sendiri Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri.

“Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga disebut untuk menjadi Perdana Menteri, saya rasa itu tidak betul,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

DAP semalam dengan tegas menolak keghairahan PPBM untuk memonopoli kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng berkata, hasrat PPBM mahu mendominasi jawatan Pengerusi dan Presiden dilihat sebagai tidak wajar tambahan pula parti itu baharu sahaja menganggotai Pakatan Harapan.

Mengulas lanjut, Abd. Wahazir mahu jawatan Perdana Menteri ke-7 dalam Pakatan Harapan yang diketuai DAP diputuskan melalui parti yang mendapat kerusi majoriti di Dewan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana