MAHATHIR PUTAR BELIT CAKAP KERANA KEPENTINGAN DAN AGENDA JAHAT POLITIK BELIAU

Siapa yang tidak kenal dengan Mahathir, seorang pemain politik yang sangat licik, hipokrit cakap tidak serupa bikin, suka dan gemar berdolak dalik, mementingkan diri dan serba serbi sarat dengan 1,001 masalah kerana perjuangan politiknya yang tidak ikhlas dan murni.

Baru-baru ini apabila Mahathir diminta berucap pada Persidangan Antarabangsa ke-23 Mengenai Masa Depan Asia, anjuran Nikkei Inc beliau telah memuji China sebagai sebuah kuasa ekonomi terbesar yang mencorakkan perdagangan dunia. Sebaliknya di dalam ceramah-ceramah Mahathir di dalam negara, beliau bercakap lain menuduh dan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalinkan kerjasama dengan kerajaan China adalah bertujuan mahu menjual negara Malaysia kepada China.

Bukan mudah hendak menyuruh rakyat lupakan apa yang telah Mahathir sudah katakan sebelum ini. Orang ramai terutamanya pengundi sudah tahu apa kejahatan yang tersirat dalam benak Mahathir tatkala Mahathir berkata One Belt One Road (OBOR) adalah satu idea yang baik jika kita menggunakan laluan laut melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Tetapi dalam ceramah beliau di Malaysia, beliau menegaskan berbahaya Malaysia menjalinkan hubungan ekonomi dengan China. Jelas Mahathir cepat sangat u-turn sedangkan projek OBOR mendapat tentangan yang hebat daripada pembangkang di Malaysia. Kini beliau menyokong pula projek OBOR di mana Malaysia terlibat dalam projek berkenaan.

Adalah lebih baik Mahathir tidak membuat hal dan cermin dirinya terlebih dahulu. Mahathir sudah terlalu banyak buat salah dan kejahatan sehingga menyusahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan. Mahathir dan kroni-kroninya sudah banyak buat hal walaupun beliau sudah tua tetapi Mahathir masih tidak sedar dan bertaubat sehinggakan sampai sekarang Mahathir masih tamakkan kekuasaan, pengaruh serta kedudukan.

Sebagai contoh Di Jepun Mahathir memuji negara China sedangkan di Malaysia, Mahathir menuduh dan memfitnah Malaysia menjual kedaulatan kepada China dalam banyak projek pelaburan negara tersebut di negara ini termasuklah Bandar Malaysia, pembelian saham Proton oleh Geely, projek ECRL, lawatan Perdana Menteri ke China dan Forest City .

Jadi, pemimpin seperti Mahathir ini bolehkah lagi diterima rakyat yg sudah serik merasa kegetiran pahit maung pemerintahannya. Hanya yg bebal saja sanggup membodohkan diri menjadi pentaksub dan pengikut secara buta-tuli.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment