MAHATHIR MENGAMUK BILA ‘RAKANNYA’ DISIASAT LHDN

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan siasatan cukai terhadap Pengerusi Eksekutif Country Heights Holdings Bhd (CHHB), Tan Sri Lee Kim Yew menunjukkan betapa rendahnya kerajaan Malaysia, perdana menteri dan penjawat awam.

Mengulas surat peribadi Lee yang tular baru-baru ini, bekas Perdana Menteri itu menggambarkan siasatan terhadap ahli perniagaan berkenaan sebagai kisah sedih.

“Ia adalah mengenai rompakan siang hari di mana cukai dikenakan ke atas wang tanpa sebab yang sah, di mana kesediannya membayar cukai ditolak selepas beberapa rundingan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang bersetuju dengan termanya, kemudian memungkiri perjanjian itu.

“Wang yang diperolehi melalui perniagaan yang sah dalam simpanan mangsa dilabel sebagai wang diperoleh melalui perbuatan jenayah dan mangsa akan didakwa di bawah AMLA, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,” katanya menerusi entri terbaru di chedet.cc hari ini.

Dr Mahathir berkata, LHDN merampas RM126 juta deposit tetap milik Lee, malah tidak menolak kemungkinan ia akan menjadi sebahagian daripada hasil kerajaan dan dibelanjakan.

“Jika mangsa didapati tidak melakukan apa-apa pengubahan wang haram, maka wang berkenaan perlu dikembalikan. Kerajaan menggunakan semua wang itu secara percuma sedangkan mangsa akan kehilangan perolehan deposit tetap.

“Kerajaan tidak akan membayar sebarang faedah ke atas cukai dan mendapatkannya kembali akan mengambil masa bertahun-tahun. Ada banyak kejadian di mana cukai dikenakan secara salah dan ancaman senarai hitam atau merampas pasport dibuat,” katanya.

Katanya, kaedah mengganggu syarikat dan individu untuk membuat pembayaran adalah cara kerajaan yang ditadbir Datuk Seri Najib Razak mengumpul dana menghalang pembangkang pada pilihan raya.

“Namun kesalnya terhadap sejumlah wang RM2.6 bilion dalam akaun Najib, tiada siasatan dibuat dengan pengubahan wang haram yang dilakukan olehnya.

“Malah, Jabatan Kehakiman Amerika Syarika (DoJ) menyatakan dengan jelas bahawa wang dicuri daripada 1MDB. Tetapi Najib mendakwa ia adalah derma orang Arab yang jelas satu usaha mengesahkan Najib tidak boleh dituduh melakukan pengubahan wang haram,” katanya.

Beliau berkata, rakyat tidak mempunyai sebarang kemampuan untuk menentang salah laku yang dilakukan Najib kerana undang-undang dikawal olehnya.

“Laporan terhadap kerajaan boleh dibuang kerja. Mahkamah tidak akan mendengar pertuduhan, dan tiada penghakiman. Penjenayah akan kekal bebas melakukan lebih banyak jenayah.

“Sesetengan orang mengatakan saya pemusnah demokrasi. Mereka mesti gembira dengan pemulihan sistem demokrasi Najib. Quo Vadis Malaysia,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana