Mahathir Masih Tenggelam Pada Zamannya

Seperti yang dinyatakan oleh bekas Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar ketika ditemui baru-baru ini, beliau berkata, setiap seorang Perdana Menteri, ada cara masing-masing yang hanya sesuai di praktikkan pada zamannya. Apa yang dipraktikkan pada zamannya, tidak semestinya sesuai untuk di praktikkan pada era selepas pemerintahan seseorang.

Inilah yang berlaku terhadap Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad. Dia yang satu ketika dahulu membina reputasi dengan memodenkan negara, hari ini disebabkan nafsu tamak dan ketaksubannya terhadap kuasa, dia sanggup merendahkan harga dirinya hanya untuk memastikan Datuk Seri Mohd Najib, bekas anak didiknya, di jatuhkan.

Bukan satu rahsia apabila Datuk Seri Mohd Najib belajar cara berpolitik dan menguruskan negara melalui Mahathir. Beliau hanya memerhatikan sahaja apa yang terbaik dan meninggalkan yang buruk kerana pada waktu itu, Mahathir lebih cenderung untuk rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya sebagai klon bagi dirinya.

Pada ketika itu, Mahathir mampu memerintah Malaysia tanpa banyak halangan terutamanya dengan menyekat sebarang penyebaran dakyah-dakyah pembangkang terhadap kerajaan melalui media. Dia juga dikenali sebagai seorang Perdana Menteri yang tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap musuh-musuh politiknya sehinggakan pentadbirannya dilihat cukup dominan di Malaysia.

Hari demi hari, tahun demi tahun, corak penerimaan maklumat di kalangan rakyat Malaysia juga semakin “advance”. Jika dahulu, segala bentuk penyiaran maklumat hanya sehala iaitu daripada kerajaan kepada rakyat, hari ini segala tindak tanduk kerajaan termasuk tindak tanduk Perdana Menteri sendiri menjadi perhatian ramai.

Segala bentuk maklumat juga kini dalam bentuk dua hala dan pembangkang juga boleh menyebarkan maklumat mereka tanpa sebarang sekatan seperti mana yang berlaku pada zaman Mahathir. Justeru, ingin ditanyakan kepada Mahathir, sekiranya dia benar-benar berhasrat mahu menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib, adakah dia akan membawa segala perkara yang telah dia laksanakan sepanjang 22 tahun dia mentadbir Malaysia?

Andai ini berlaku, nampaknya Mahathir memang enggan keluar dari zamannya. Dunia semakin bergerak kehadapan namun buat Mahathir, dia mahu membawa dunia silamnya kepada rakyat tanpa ada sebarang pelan jangka panjang yang kukuh. Apa yang dia tahu hanyalah untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib dan selepas itu, kedudukan Perdana Menteri akan kekal tergantung dan menjadi rebutan antara 4 individu.

Percaturan politik ini kadang kala memang agak melucukan. Tetapi sekiranya seseorang itu lebih cenderung untuk melampiaskan dendam kesumatnya dan memperjudikan nasib rakyat, ianya bukan langkah yang bijak dari seorang yang pernah digelar sebagai Negarawan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana