MAHATHIR DAH KETINGGALAN ZAMAN – DATUK MOHD AMMAR NIK ABDULLAH

Pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri merupakan satu pilihan yang sudah melepasi zaman dan perlu ada calon lebih sesuai untuk perubahan pentadbiran negara.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Ammar Nik Abdullah berkata, secara terus terangnya walaupun beliau (Mahathir) mempunyai kelebihan tersendiri namun pemilihan beliau tidak sesuai.

“Ini memandangkan Mahathir sudah melepasi zaman dan sepatunya perlu ada calon lebih baik memandangkan kita sudah masuk era ‘litar sepang’ (zaman baru) jadi mesti ada calon muda dan berwibawa.

“Lagipun pembangkang mempunyai ramai lagi calon yang sesuai dan dan muda yang boleh diketengahkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan ‘free market for asnaf’ di masjid As-Salam Pengkalan Chepa.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Datuk Dr. Wan Zawawi Wan Ismail.

Pada majlis itu, seramai 150 asnaf menerima sumbangan pakaian dan barangan keperluan termasuk beras, minyak dan makanan yang disumbangkan penderma di masjid berkenaan dengan kerjasama PKINK.

Mohd Amar berkata, buat masa ini pembangkang seharusnya lebih memfokuskan usaha untuk menumbangkan BN dan bukanya hal terbabit.

“Ini memandangkan perkara seumpama ini menimbulkan perbalahan meletakkan satu mesej yang tidak baik kepada rakyat.

“Baiklah kita tumpukan bagaimana untuk memenangi kawasan ditawan pihak lawan dari memikirkan soal siapa yang selayaknya jadi perdana menteri,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan kekosongan kerusi Dun Nenggiri ekoran Adunya Datuk Mat Yusoff Abd Ghani dari Barisan Nasional diisyhtiharkan muflis, Mohd Amar yang juga Naib Presiden Pas berkata, setakat ini pihaknya menyerahkan tanggungjawab itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

“Berdasarkan perlembagaan dan peraturan tidak ada pilihan raya kecil (PRK) kecil, sebab ia sudah melebihi tiga tahun namun jika ada sekalipun kita sedia bertanding.

“Jadi keputusan bergantung kepada SPR dan untuk menentukannya dan kita hanya mampu tunggu dan lihat untuk perkembangan selanjutnya,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana