LUAHAN PEKERJA STESEN MINYAK DENGAN SIKAP BIADAP PELANGGAN

Stesen minyak adalah tempat yang akan sentiasa dikunjungi oleh orang ramai. Di sini jugalah akan melihat pelbagai jenis ragam dan sikap manusia. Ada yang baik dan ada sikap buruk yang ditunjukkan oleh pelanggan.

Seorang wanita yang merupakan pekerja sebuah stesen minyak berkongsi pengalaman bertemu dengan pelbagai jenis pelanggan dan ragam mereka. Terdapat banyak sikap pelanggan yang biadap dan sepatutnya sikap seperti itu tidak perlu diterapkan dalam diri.

“Aku Salmah, 23 tahun dan ini tahun akhir aku di universiti. Aku dari Melaka. dan aku nak cerita campur bebel macam mana rasa hidup sebagai seorang pekerja di stesen minyak. Dari aku lepas SPM, STPM dan setiap cuti sem, aku akan kerja part time di sebuah stesen minyak dekat dengan kawasan rumah aku. Untuk setiap pelanggan yang datang dan bertanggungjawab, aku berterima kasih. Kepada yang tidak, aku tak tahu lah korang ini waras ke tak.

“3 hari lepas, ada seorang lelaki di twitter meroyan sebab dia nak isi penuh minyak motor dia tapi akak kat kaunter itu tak bagi, suruh bayar dulu baru isi minyak. Masa aku baca tweet dia, rasa nak sumbat saja petrol itu dalam mulut dia. Tak reti nak fikir logik ke?

“Pertama, bayar dulu. Konsep ini memang dikenakan untuk semua orang terutama di stesen minyak yang sentiasa penuh dengan pelanggan. Bukan sebab tak percaya, tapi kami berhati-hati. Sebab ada yang lari lepas isi minyak, kau ingat boleh kejar? Setakat buat report polis, kau ingat boleh dapat balik duit? Akhirnya cashier yang serve pelanggan itu yang kena tolak gaji. Banyak sangat kes, pernah ada sampai RM100, lepas itu lari.

“Kedua, jangan hina pekerjaan orang lain. Pernah lah pekerja stesen minyak ini kena, “awak salah kira ini sebenarnya awak reti kira tak? itu lah orang tak ada pendidikan memang macam ni.”

“Sebenarnyalah, kebanyakan yang kerja-kerja kat stesen minyak, retail shop, pasaraya-pasaraya ini kebanyakan student yang tengah cuti atau dah grad tapi tunggu panggilan kerja. Kami ini tak pernah pun nak hina pelanggan-pelanggan yang datang tapi ada pelanggan cakap kat anak dia, “nanti belajar rajin-rajin dah besar kerja bagus-bagus jangan jadi macam akak itu. sampai malam pun kerja.” Budak lagi tapi ibubapa dah sogok dengan mindset macam itu.

“Ketiga, tidak berperikemanusiaan. Yang jenis stesen minyak ada ATM, kalau nak cucuk duit dulu, parking kat tempat lain dulu cik abang, kakak, makcik dan pakcik. Jangan parking kat pam lepas itu keluar pergi cucuk duit. Dah tahu atm itu nanti kena beratur, kereta dia kat pam itu dekat 20 minit. Fikirlah sikit kat orang lain, nanti ada customer yang datang, “tu kereta siapa lama sangat aku tunggu”.

“Keempat, tanggungjawab muslim. Ini aku nak tekankan kepada muslimin muslimat, tahu kan nak tumpang solat? Gunalah peralatan itu semua dengan berhemah. Ada ke sejadah buat alas tukar lampin anak. Ada juga yang bagi anak-anak kencing kat tempat wudhu. Disebabkan stesen aku tukar telekung setiap 2 hari, kau boleh tahu kan kenapa? sebab telekung penuh dengan peta mekap. Pakai mekap reti, nak bersihkan tak reti ke kak? Ada ke lap kat telekung.

“Kelima, tandas. Masuk tandas saja bau hancing, itu satu hal ada tong sampah dah disediakan, tapi tak reti nak guna. Pad ada darah, pampers, tisu, dan semua benda campak saja sepah-sepah. Bukan itu saja boleh jumpa, spender koyak pun boleh jumpa tau. Kalau ye pun dah tak nak spender itu, buang lah elok-elok. Ini buang saja dalam tandas nanti tandas tersumbat, kena tutup buat construction, korang jugak memekak kenapa tandas tutup.

Keenam, minyak naik. Selalunya bos aku akan kecikkan keluasan kon untuk beratur di depan kaunter sebab yang jenis

tak faham Bahasa lepas itu menyusahkan orang lain. “dik, kereta yang belakang tu dik”. Sabar bang yang beratur ini punya kereta pun tak masuk line lagi.

“Keenam, minyak. Kau tahukan rakyat marhein Malaysia ini kebanyakannya guna RON 95. Jadi bila kau nak pakai minyak lain, cakap lah. Bila kau tak cakap, kami ini ingat kau nak minyak biasa. Ini dah sampai pam lepas itu minyak lain selain ROM 95 kau itu tak keluar, kau jerit-jerit dari pam marah sebab minyak tak keluar padahal tadi tak nak cakap.

“Ketujuh, perangai suami isteri. Tak ada rumah tangga yang tak ada masalah. Tapi agak-agaklah nak bergaduh sampai maki jerit-jerit pulak itu. Seorang dalam kedai, seorang kat pam. Kami memang tak masuk campur tapi bila sampai dah naik tangan, takkan kami nak diam. Pernah sampai seorang akak ini lari keluar kereta nangis-nangis cakap laki dia nak pukul dia. Mintak tolong call polis, kami ni tolonglah mana yang boleh. Bila polis dah sampai, rupanya bini dia merajuk sebab laki dia balik lewat. Hal rumah tangga kan selesaikanlah kat rumah. Kau dulu dating reti pulak nak sorok-sorok.

“Walaupun aku ini kerja kat stesen minyak, tapi cara kau layan kami yang kerja macam ni lah menggambarkan macam mana diri kau yang sebenar. Kita ni sama-sama manusia. Sama-sama nak hidup atas muka bumi ini. Apalah salahnya jadi manusia yang baik sikit. Aku minta maaf kepada yang terasa,” tulisnya. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana