LIM GUAN ENG SEORANG YANG GILA KUASA

Baru-baru ini, Ketua Biro Publisiti Parti Gerakan Pulau Pinang, Ooi Zhi Yi, mempersoalkan mengapa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memegang terlalu banyak jawatan tinggi, iaitu sebanyak 14 jawatan. Selain daripada memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Parlimen, Guan Eng juga menjadi pengerusi dalam sekurang-kurangnya 12 organisasi lain.

Ooi Zhi Yi seterusnya mempersoalkan Lim Guan Eng yang juga merupakan Ketua Menteri berkenaan mahu meluangkan masa bagi menguruskan tanggungjawab dan tugas yang datang bersama setiap jawatan tersebut dan dalam masa sama memastikan kebajikan rakyat tidak terabai. Baru-baru ini Lim Guan Eng juga menjadi Pengerusi Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang.

Beliau terlalu ingin memegang banyak jawatan. Secara mudahnya, Lim Guan Eng adalah seorang yang gila kuasa.

Lim Guan Eng dan penyokong-penyokong beliau mungkin akan mengatakan bahawa jawatan-jawatan yang dipegang oleh beliau adalah sebagai pengerusi sahaja dan beliau hanyak akan menjalankan tugas hanya bagi tujuan mempengerusi mesyuarat-mesyuarat sahaja manakala tugas-tugas lain akan dijalankan oleh pentadbiran organisasi-organisasi tersebut.

Tetapi hujah ini adalah tidak tepat memandangkan pengerusi perlu menegetahui perkara-perkara dan isu-isu yang berkaitan dengan organisasi tersebut dan ini memerlukan masa, masa yang boleh digunakan untuk memastikan kebajikan rakyat Pulau Pinang terjaga. Lin Guan Eng mungkin tidak meluangkan masa untuk mempelajari isu-isu tersebut, tetapi beliau hanya akan menjadi pengerusi yang tidak tahu apa-apa dan makan gaji buta.

Lim Guan Eng sepatutnya boleh melantik pemimpin lain untuk memegang kebanyakan jawatan-jawatan tersebut tetapi mengapa beliau tidak berbuat demikian? Adakah pemimpin-pemimpin DAP dan Pakatan Harapan lain tidak layak memegang jawatan tersebut?

Seperti yang dinyatakan, beliau adalah gila kuasa.

Tetapi Lim Guan Eng, walaupun gila kuasa, turut mempunyai sebab lain.

Jika beliau melantik pemimpin-pemimpin lain, beliau memberikan peluang untuk mereka mengasah bakat kepimpinan mereka. Memandangkan Lim Guan Eng bukan pemimpin dari Pulau Pinang, beliau tidak mendapat sokongan sepenuh hati daripada pemimpin-pemimpin tempat. Untuk memastikan bahawa mereka kekal bergantung kepada beliau, Lim Guan Eng perlu membolot semua jawatan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana