Laporan Sarawak Report hanya berunsur fitnah - Salleh

Rakyat diminta untuk tidak mempercayai sebarang laporan yang dikeluarkan oleh Sarawak Report yang mempunyai motif tertentu untuk menjatuhkan kepimpinan negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata portal berita itu hanya bertujuan menyebarkan fitnah untuk menjejaskan reputasi pemimpin negara.

"Sarawak Report adalah online paper (akhbar dalam talian) yang tujuannya hanya membuat fitnah kepada pemimpin kita.

"Oleh demikian rakyat tidak boleh terima bulat-bulat kerana mereka mempunyai motif tertentu untuk jatuhkan kepimpinan negara," katanya kepada pemberita selepas majlis pengagihan bubur lambuk Kembara Negaraku di KL Sentral, di Kuala Lumpur.

Salleh diminta mengulas laporan oleh portal berita itu bahawa ketua pendakwa raya dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dibayar sejumlah wang menerusi akaun Perdana Menteri yang dikatakan daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Salleh, bekas pengarang portal berita itu Lester Melanyi juga pernah mengakui 90 peratus berita yang diterbitkan oleh Sarawak Report adalah palsu dan telah diubah suai.

"Kita sedia maklum ada dokumen-dokumen pada Sarawak Report adalah dokumen yang telah diusik dan kesahihannya dipersoalkan.

"Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia jangan kelam-kabut menerima laporan-laporan seperti ini kerana semua itu tidak benar sama sekali," katanya.

Sementara itu, pada majlis tersebut, Salleh berkata Kembara Negaraku adalah sebuah program yang diadakan selaras dengan inisiatif Negaraku yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertunjangkan semangat cintakan negara.

Katanya program itu bertujuan menyampaikan mesej dan mengadakan aktiviti untuk menyemarakkan semangat patriotisme, kebanggaan, kecintaan dan aspirasi terhadap Malaysia, selain mendekati masyarakat setempat di bazar ramadan, hab-hab pengangkutan serta beberapa lokasi lain seluruh negara.-12/6/2017

Pada majlis itu sebanyak 500 pek bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment