Langkah tangani keganasan…Unit Anti Keganasan PDRM akan dinaik taraf jadi bahagian

Dalam keadaan dunia yang kini berdepan dengan pelbagai aksi keganasan termasuk terbaru di London dan Manchester kerajaan perlu ambil langkah ke depan untuk perkasa pasukan keselamatan untuk menanganinya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi Ahad mengumumkan bahawa Unit Anti Keganasan Polis Diraja Malaysia akan dinaik taraf kepada bahagian bagi menggalas tanggungjawab lebih besar dalam mencegah keganasan daripada berlaku di negara ini.

Katanya bahagian berkenaan yang akan ditempatkan di Bukit Aman akan diketuai seorang pegawai paling kanan.

"Insya-Allah kita berhajat untuk menjadikan unit anti keganasan bukan lagi unit tetapi bahagian anti keganasan, ini sebagai tanda keprihatinan kerajaan menolak peristiwa keganasan," katanya kepada wartawan selepas menghadiri program penerapan nilai-nilai murni pada bulan Ramadan di Masjid Mahmudi, di Bachok.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ketua UMNO Bahagian Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Majlis tersebut turut meraikan warga Kementerian Dalam Negeri serta anak-anak yatim dan ibu tunggal.

Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau akan memanggil secepat mungkin mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) bagi membincangkan langkah menaik taraf unit anti keganasan tersebut.

Sebelum ini, katanya, terdapat sebuah bahagian yang dinamakan Bahagian Anti Keganasan tetapi empat tahun yang lalu ia telah dijadikan sebagai unit.

Bagaimanapun, beliau berkata berikutan kejadian keganasan yang berlaku di luar negara termasuk yang terbaru di tengah kota London maka bahagian tersebut perlu diwujudkan dengan diketuai pegawai paling kanan.

"Kita merasakan seorang pegawai paling kanan mesti ditempatkan (di bahagian tersebut) untuk melihat bukan sahaja pendekatan secara holistik bagi menangani pencegahan kejadian keganasan tetapi kita harus melakukan lebih daripada itu termasuk mendapatkan kerjasama seluruh masyarakat," katanya.

Justeru, beliau turut mengajak parti pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) terlibat sama dalam usaha mencegah keganasan itu kerana pencegahan bukan tanggungjawab kerajaan sahaja tetapi semua pihak.

"Semua pihak harus siapsiaga untuk membantu PDRM melakukan pencegahan dan mengatasi masalah ini," katanya.

Dalam masa sama, Zahid mengulangi ketegasan Malaysia mengutuk sekeras-sekerasnya sebarang kejadian keganasan termasuk di ibu kota London.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana