Lagi 2 Penggal, Habis Semua Nama Jalan Di Pulau Pinang Ditukar Kepada Nama Pemimpin DAP

Ini baru menguasai negeri, belum lagi negara. Jika berjaya mereka menguasai negara, entah apa pula yang akan ditukar. Inilah cara pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang yang di bawah pimpinan Lim Guan Eng, memerintah hanya mengikut kepentingan diri sendiri sahaja.

Semenjak pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang bertukar tangan dari Barisan Nasional (BN) kepada parti rasis dan cauvinis DAP, banyak perubahan yang berlaku dalam tempoh sembilan tahun ini.

Buktinya sejak kerajaan dibawah pimpinan Guan Eng memerintah, banyak tanah-tanah negeri serta kampung-kampung warisan digadaikan kepada pemaju untuk penuhkan kantung kerajaan DAP negeri sahaja tanpa sesen pun tumpah kepada rakyat negeri ini.

Lebih malang lagi, nasib rakyat negeri ini apabila mendapat Ketua Menteri yang gila kuasa dan cuba menjadi ‘one man show’ dengan menyandang banyak jawatan dalam satu-satu masa di negeri itu. 22 jawatan dalam negeri menjadi bukti betapa tamaknya Setiausaha Agung DAP itu.

Kerakusan kerajaan DAP menjual hartanah kepada pelabur luar dan dalam serta kerakusan membolot semua jawatan penting dalam negeri, itu pun sudah cukup buktikan betapa tidak telusnya kerajaan DAP memerintah negeri yang mereka tadbir.

Apatah lagi melihat sejak DAP memerintah negeri ini, beberapa batang jalan telah ditukar nama kepada nama pemimpin-pemimpin DAP. Sebelum ini, Lebuh Sungai Pinang 4 sepanjang 290 meter telah dinamakan Persiaran Karpal Singh 1 manakala Lebuh Sungai Pinang 5 sepanjang 510 meter diberi nama Persiaran Karpal Singh 2.

Seiring dengan ini, medan siar kaki di sebahagian tepi pantai Jelutong dari Sungai Pinang ke Lebuh Sungai Pinang 1 sepanjang 1.55 km akan dikenali sebagai Persiaran Karpal Singh.

Tak cukup dengan itu, seorang lagi pemimpin DAP bernama Chian Heng Kai yang merupakan mantan Ahli Parlimen Bukit Mertajam turut dinamakan semula pada sebatang jalan di Pulau Pinang. Jalan berkenaan terletak di Taman Bayu Mutiara, Bukit Tengah, Bukit Mertajam.

Tetapi persoalannya sekarang apa sumbangan Chian Heng Kai pada Pulau Pinang? Melalui kajian yang dibuat tidak terdapat sebarang maklumat mengenai individu DAP ini yang pernah memberi sebarang sumbangan atau jasa pada negara atau negeri Pulau Pinang melainkan menjadi Ahli Parlimen sahaja.

Nampak tak? Baru sahaja 2 penggal DAP memerintah Pulau Pinang, habis beberapa jalan dinamakan atas pemimpin mereka. Cuba bayangkan kalau beberapa penggal lagi mereka dapat memerintah Pulau Pinang apa akan terjadi pada Pulau Pinang.

Tetapi apa yang menjelikkan sikap parti rasis dan cauvinis DAP ini apabila Abdul Aziz Isa, pembantu khas kepada Chong Chieng Jen (Pengerusi DAP Sarawak) sekeras-kerasnya mempertikaikan cadangan untuk menukar nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kepada nama Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Malah lebih biadapnya, Abdul Aziz juga memperlekehkan cadangan yang dibuat dengan nada sinis dan mencadangkan agar semua nama-nama pusat ikon Sarawak ditukar namanya kepada nama Adenan seperti Padang Merdeka kepada Padang Adenan, Jambatan Tun Abdul Rahman Ya’akub kepada Jambatan Adenan Satem dan banyak lagi.

Walau apa pun, mungkin DAP Sarawak dan Abdul Aziz perlu cermin diri dan ketuk kepalanya sendiri agar beliau sedar daripada tidurnya bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang sudah melakukannya lebih awal daripada Kerajaan Negeri Sarawak.

Jadi, pendek kata DAP merupakan parti berat sebelah dan parti penting diri sendiri. Kalau orang lain yang buat, pasti puak pembangkang yang juga boleh disifatkan tidak sedar diri dan muka tembok ini mengecam dan mengkritik tindakan itu habis-habisan.

Tapi kalau mereka sendiri yang buat, macam-macam alasan yang diberikan untuk menjustifikasikan tindakan dan keputusan yang telah mereka lakukan, walaupun ianya benda yang sama. – Utaranews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana