KRISIS DISIPLIN PPBM : KENA BALIK BATANG HIDUNG MAHATHIR & MUHYIDDIN

Pada 24 Jun 2016, Majlis Tertinggi UMNO telah membuat keputusan sebulat suara untuk memecat Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Keputusan dibuat atas pelanggaran disiplin dan mereka telah berada di atas pentas bersama-sama dengan pemimpin pembangkang, membuat ucapan-ucapan bersama dengan mereka dan menyerang pimpinan dan parti UMNO. Maka itu adalah kesalahan besar dari segi disiplin parti UMNO.

Keputusan itu menjadi bahan puak pembangkang untuk menuduh kononnya parti UMNO tidak mengamalkan kebebasan bersuara dan segala tuduhan yang lain. Puak pembangkang mengambil kesempatan itu dengan sepenuhnya.

Tetapi Allah SWT maha adil.

Isu ‘kebebasan suara’ ini terpalik semula ke muka Muhyiddin Yassin dan parti PPBM apabila seorang Exco Pemuda PPBM dirujuk kepada Lembaga Disiplin PPBM hanya kerana mengemukakan soalan-soalan tentang kepimpinan tertinggi PPBM.

Lebih memualkan apabila Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ketua Pemuda PPBM yang kononnya meraikan perbezaan pendapat itu juga buat u-turn dan sendiri bersetuju supaya Exconya dirujuk kepada Lembaga Disiplin PPBM.

Mukhriz Mahathir juga turut berkata ‘tindakan ke atas Muhammad Hafiz itu adalah wajar kerana tidak menggunakan saluran betul, selain mengingkari sumpah untuk menjaga kepentingan parti.’

Nah …. Sekarang kepimpinan PPBM pula berdepan dengan ahli-ahlinya seperti yang mereka lakukan apabila mereka berada dalam UMNO sebelum ini. Seperti kata orang putih, what goes around comes around!

Isunya ialah apabila Muhammad Hafiz Azhar, Exco Pemuda PPBM membuat sidang akhbar serta mendedahkan bahawa pelbagai soalan diajukan oleh ahli peringkat akar umbi mengenai :

1. kekayaan luar biasa anak-anak Pengerusi PPBM, Dr. Mahathir Mohamad.

2. skandal Nika Ghee isteri bekas pendakwa raya, Stanley Clement August dengan Muhyiddin Yassin.

Bagaimana pun semua soalan itu akan dielak daripada dijawab oleh mereka yang terlibat ketika mesyuarat bersama. Malah, Exco itu juga telah menghantar sendiri pesanan ringkas kepada, Syed Saddiq tetapi semuanya membisu seperti ingin melindungi sesuatu.

“Perkara itu perlu dijelaskan dan semua ahli ingin mengetahui kebenaran. Jika mereka tidak jujur maka selama ini perjuangan kami untuk parti adalah sia-sia,” jelasnya.

Untuk rekod:

27 Oktober 2016 – Khairuddin Abu Hassan keluar PPBM

30 Disember 2016 – Mohd Ezam Mohd Noor keluar PPBM.

17 Mac 2017 – 13 ahli diketuai bekas Pengerusi PPBM Baling, Ali Ahmad, bertindak keluar parti selepas masing-masing dikatakan tidak berpuas hati dengan dengan isu pelantikan jawatankuasa baharu bagi PPBM di kawasan itu. Didakwa 500 ahli PPBM kawasan juga turut keluar parti.

6 April 2017 – Seramai 500 anggota PPBM Bahagian Rembau mengisytiharkan keluar daripada parti berkenaan serta merta. Keputusan diambil berikutan amalan kronisme yang diamalkan dalam PPBM, selain hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti yang diketuai oleh Muhyiddin.

19 April 2017 – Kamarul Azman Habibur Rahman, salah seorang daripada 7 pengasas PPBM bersama 821 ahli PPBM keluar parti. Beliau mendedahkan kepimpinan PPBM lebih memikirkan rakan-rakan daripada parti dan kepentingan masyarakat.

26 Mei 2017 – 1,000 ahli termasuk 50 pemimpin peringkat negeri dan bahagian PPBM Perak mengumumkan peletakan jawatan dan keluar parti berkuat kuasa serta merta. Keputusan ini dilakukan kerana mereka telah muak dengan kemelut dan pergolakan dalaman parti yang sengaja ditimbulkan Muhyiddin.

10 Jun 2017 – Exco Pemuda PPBM buat sidang akhbar mendedahkan bahawa mereka semakin hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti PPBM yang dilihat tidak berintegriti dan menyalahgunakan kuasa.

Nampaknya, parti new kids in the block ini semakin bercelaru dan tunggang langgang. Kepimpinan parti dilihat gagal untuk menguruskan parti dengan baik dan kita juga bakal menyaksikan lebih ramai lagi ahli-ahli PPBM yang akan keluar parti tersebut.

Kita juga menjangkakan bahawa Parti Harapan akan bertambah teruk serta berpecah belah apabila tiba masa pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya umum kelak. Sekarang pun sudah kedengaran pertelingkahan kerana merebut beberapa kerusi panas di antara parti-parti dalam pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana