Konsesi Lebuhraya PLUS...

■ Tun Mahathir telah menandatangani perjanjian TOL Lebuhraya PLUS selama 30 tahun bermula tahun 1998 sehingga 2018 bagi pihak kroninya.

■ Pada tahun 1999, sekali lagi Tun Mahathir membenarkan kutipan tol ini dilanjutkan kepada 12 tahun lagi sehingga tahun 2030 bagi mengelakkan kenaikkan kadar tol sebagaimana mengikut perjanjian yang telah ditandatangani Pada tahun 1998.

■ Pada tahun 2005, Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi terpaksa melanjutkan sekali lagi kadar tol selama 8 tahun berakhir Pada 2038 bagi mengelakkan kenaikkan kadar tol sebagaimana seperti perjanjian yang ditandatangani oleh Tun Mahathir pada tahun 1998.

■ DS Najib tidak pernah melanjutkan tempoh masa kutipan tol untuk Lebuhraya PLUS dan tidak pernah sekali2 menaikkan kadar kutipan tol.

■ Pada tahun 2011, DS Najib telah membeli semula Lebuhraya PLUS bagi mengelakkan melakukan perkara yang sama seperti Tun Mahathir dan Tun Abdullah pernah lakukan.

■ Apabila diimbas kembali, dapatlah disimpulkan bahawa kisah kenaikkan kadar kutipan tol ini berakar umbi bermula pada tahun 1998 dimana perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Tun Mahathir. Beliau sendiri telah mengakui kebodohannya kerana beliau tidak membaca dengan teliti isi kandungan perjanjian konsesi tol Lebuhraya PLUS dan tidak menyedari implikasi jangka panjang sebelum menandatanganinya.

■ Oleh itu, tidak perlulah pihak Pro-Tun membelanya dan cuba menyalahkan pihak lain.

□ Sebagai contoh Pengakuan Tun Mahathir pada 8hb Januari 2007.

■ Tun Mahathir akui isu kesilapan Perjanjian Konsesi Termasuk Tol berpunca daripada Zaman Pentadbirannya!!

■ “Ini adalah salah satu perkara yang perlu kita betulkan. Apa yang diperlukan adalah sebuah kabinet yang tidak selalunya berpengetahuan kerana ianya dibentuk oleh ahli2 politik dan bukannya para pakar dan kadangkala ahli politik seperti saya boleh menjadi bodoh,” jawab beliau kepada para wartawan yang memberitahu bahawa kelima2 lebuhraya bertol dibina semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kita semua maklum bagaimana baru2 ini kadar tol dikebanyakan lebuhraya dinaikkan, kecuali lebuhraya2 yang dikendalikan oleh PLUS. Ini adalah kerana lebuhraya2 PLUS dimiliki 51% oleh UEM Berhad dan 49% oleh Tabung Haji. UEM adalah 100% milik Khazanah. Langkah pemilikan PLUS Berhad telah dibuat di bawah pentadbiran DS Najib pada tahun 2009.

■ Bagi kenaikan tambang ERL yang dimiliki YTL Berhad, konsesi ERL telah ditandatangani juga semasa pentadbiran Tun Mahathir. Menurut perjanjian konsesi tersebut, sekiranya kerajaan enggan membenarkan kenaikan tambang, kerajaan pusat wajib membayar RM2.9 bilion kepada YTL atau membenarkan mereka menyambung konsesi selama 30 tahun lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana