KIT SIANG CUCI PEKUNG BUSUK DAP DAHULU SEBELUM CABAR PM NAJIB

Seperti biasa, parti cauvinis DAP begitu cekap menangguk di air keruh. Taktik ini adalah untuk mengalih perhatian rakyat terhadap kezaliman dan kerosakan yang di bawa oleh parti cauvinis tersebut.

Yang terbaru, Lim Kit Siang menggunapakai dakwaan pembayaran RM9.5 juta kepada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk menyerang Datuk Seri Najib Razak. Padahal kita semua tahu bahawa sumber dakwaan itu iaitu blog Sarawak Report adalah sumber yang tidak boleh dipercayai dan terbukti berbohong.

Kita nasihatkan kepada veteran tua DAP ini supaya kotakan kata-katanya dahulu sebelum mencabar Najib Razak. Sehingga ke saat ini, veteran tua DAP ini telah berbohong kononnya mahu menyaman beberapa pihak,
30 April 2013 – Kit Siang akan menyaman Dr Mahathir jika enggan menarik balik kenyataan bahawa Lim Kit Siang adalah seorang rasis.
2 Januari 2016 – Kit Siang membuat kenyataan peguam DAP akan mulakan prosiding dalam 1 atau 2 hari lagi tentang isu parti cauvinis DAP ditawarkan dana sebanyak US$300 juta oleh Israel untuk PRU13 dan juga pemimpin DAP dilatih oleh pakar perisikan Israel untuk menjadi pakar strategik.
Setahun hampir berlalu tetapi Lim Kit Siang DAP masih belum lagi menyaman pihak-pihak yang telah membuka rahsia bahawa parti itu bersekongkol dengan negara Israel dan mendapat dana yang begitu banyak.

Realitinya, dinasti Lim DAP takut untuk menyaman Mohd Razali, bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, individu yang telah membongkar isu Israel ini. Selain daripada itu, Razali juga telah mendedahkan,
Pihak DAP telah setuju untuk bekerjasama dengan pihak Kristian untuk menjayakan misi ini. DAP akan berganding bahu dengan pihak Kristian untuk pastikan dalam masa sepuluh tahun agama rasmi Malaysia adalah agama Kristian.
Kit Siang dan Guan Eng DAP sehingga ke hari ini juga takut untuk menyaman Tunku Aziz, bekas naib Pengerusi parti DAP, padahal Tunku Aziz juga telah membongkar segala pekung hanyir jijik parti DAP.

Pada awalnya, Tunku Aziz fikir DAP adalah sebuah parti demokratik tetapi itu bukanlah satu kebenaran. Kononnya DAP mengamalkan budaya kebebasan bersuara. Macam-macamlah diperkatakan seolah-olah DAP juara dalam semua perkara. Semua yang dikatakan hanyalah retorik semata-mata. Apabila berhadapan dengan realiti, mereka tidak lakukan apa yang mereka cakap sebelum ini. Itulah parti DAP.

Tunku Aziz juga telah membongkar perangai sebenar Lim Guan Eng DAP. Bagi beliau, Guan Eng adalah seorang manusia yang bukan sahaja bongkak dan sombong malah merupakan seorang yang suka mengambil pujian atas hasil usaha orang lain tanpa sedikit pun perasaan bersalah.
“Lihat sahaja apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang. Guan Eng mengaku dan menerima pujian untuk kemajuan yang berlaku di sana. Padahal, Pulau Pinang memang sudah lama maju sebelum zaman Guan Eng lagi”
“Apa yang ironinya, Guan Eng sendiri bukan dari Pulau Pinang tapi bercakap seolah-olah dia lahir dan membesar di sana. Kemudian dia menggambarkan apabila menjadi Ketua Menteri, barulah Pulau Pinang itu wujud dan mula maju. Tapi adalah menjadi amalan Guan Eng untuk mengambil semua pujian manakala kesilapan pula melibatkan orang lain. Itu bukan sesuatu yang bijaksana tetapi hanya mementingkan diri sendiri”, kata Tunku Aziz.
Kepada mereka yang mengikuti dengan dekat perkembangan politik di Pulau Pinang sudah pasti bersetuju dengan kenyataan Tunku Aziz ini.

Yang terbaru, Guan Eng DAP telah meletakkan 3 syarat kepada parti Gerakan hanya kerana mahukan Guan Eng bercakap benar tentang tanah konroversi Peel Avenue. Untuk mendedahkan minit mesyuarat Perbadanan Ketua Menteri (CMI) itu, Guan Eng DAP memberi syarat Gerakan perlu menyumbang RM1 juta bagi tujuan kebajikan, menarik balik kenyataan serta menuntut parti itu menarik diri daripada arena politik.

Syarat tidak masuk akal ini turut dibidas oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.
“Jika ada pihak seperti Gerakan mengemukakan soalan, Guan Eng tidak mempunyai hak meminta kemuka deposit, suruh berhenti berpolitik atau letak pelbagai syarat sebelum jawab soalan mereka,” katanya
Beliau berkata Guan Eng menjadi Ketua Menteri berdasarkan mandat yang diberi oleh rakyat pada Mei 2013 dan bila mandat diberikan, rakyat berhak bertanya soalan, lebih-lebih lagi ia bukan direka atau daripada sumber fitnah.

Segala permasalahan dalam DAP dan kerajaan DAP negeri ini yang patut diselesaikan dahulu oleh Lim Kit Siang DAP sebelum menuding jari dan mencari salah pihak lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana