KETUA PUTERI UMNO NASIHAT DR M MENANG DULU PRU...MUKA TAK TAHU MALU

Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad agar bertanding terlebih dahulu dalam pilihan raya umum akan datang sebelum melahirkan hasrat untuk kembali menjadi perdana menteri.

“Minta dia menang dulu pilihan raya,” kata beliau ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi PPBM itu.

Beliau terdahulu menghadiri Majlis Iftar di Dataran Merdeka hari ini.
Pada 1 Jun lalu, Dr Mahathir berkata, beliau tidak menolak akan mempertimbangkan untuk memegang semula jawatan perdana menteri sekiranya perkara itu dipersetujui Pakatan Harapan.

Beliau merupakan perdana menteri keempat yang menyandang jawatan itu selama 22 tahun sebelum bersara pada Oktober 2003.Bagaimanapun, buat masa ini beliau tidak berminat dengan jawatan terbabit.

Dalam pada itu, Mas Ermieyati Samsudin berkata, gesaan PAS agar Malaysia Airlines (MAS) mengharamkan hidangan arak dalam pesawat bukan perkara baharu.
Timbalan menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, selain PAS, kerajaan juga mendapat cadangan dan saranan daripada orang ramai agar mengharamkan hidangan arak.
“Tetapi itu di luar kawalan kita di pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan ia di bawah Kementerian Pengangkutan.

“Jadi, saya kira Kementerian Pengangkutan kenalah juga mengambil kira saranan, pandangan daripada orang ramai sebab apa yang berlaku,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah turut menegaskan insiden pesawat penerbangan MAS terpaksa berpatah balik di Melbourne, Australia baru-baru ini tidak akan menjejaskan sektor pelancongan negara ini. -FMT

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana