Kesilapan serah mayat mualaf di Hospital Kajang dikesali...

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan rasa kesal berikutan kejadian kesilapan penyerahan mayat di Hospital Kajang, kepada salah sebuah rumah kebajikan untuk urusan pengebumian pada 3 Jun 2017.

Menurut, Ketua Pengarah KKM, Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihak KKM berasa sangat kesal dan memandang serius insiden ini.

“KKM berpendirian bahawa ianya tidak sewajarnya berlaku di mana-mana hospital kerana sememangnya pihak hospital dan Unit Forensik sudahpun mempunyai garis panduan serta Standard Operating Procedure (SOP) of Forensic Medicine; di mana ianya telah menggariskan tatacara penyerahan mayat kepada waris,” katanya dalam satu kenyataan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap kakitangan terlibat yang telah tidak mematuhi garis panduan serta SOP ini,” tambahnya lagi.

Terdahulu, satu jenazah yang dipercayai seorang lelaki mualaf bernama Hassan Abdullah, 74, atau nama asalnya Lim Ah San telah disempurnakan mengikut ajaran Buddha selepas unit forensik, Hospital Kajang tersalah serah jenazah itu kepada sebuah badan kebajikan.

Jenazah Cina beragama Islam merupakan satu-satunya penganut Islam dalam keluarga mendiang, sebelum ini menetap di sebuah Rumah Kebajikan di Kajang.

Makluman dan siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan Hospital Kajang telah mengesahkan bahawa telah berlaku kesilapan penyerahan mayat dan siasatan mendalam kini sedang dijalankan oleh pihak Hospital dan JKNS.

Dalam pada itu, pengurusan abu mayat telah diserahkan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Rumah Kebajikan yang terbabit.

Pihak KKM juga telah mengeluarkan arahan penambahbaikan serta merta kepada pihak hospital tersebut bagi mengelakkan hal yang sama daripada berulang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana