Kes Sivarasa tunjuk kelemahan Exco jaga agama di Selangor

Tindakan melampaui batas Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa bukanlah insiden yang pertama di negeri Selangor kerana sebelum ini beberapa pemimpinnya pernah berbuat demikian, kata aktivis politik Mohd Nadzmi Rosli.

Katanya, apabila DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah secara terbuka menyatakan baginda murka dengan tindakan Sivarasa berucap dalam Masjid An Nur di Kampung Melayu Subang, maka beban tanggungjawab sebenarnya terletak kepada Exco Pas yang memikul tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Dr Ahmad Yunus.

“Secara terang dan nyata Dr Ahmad Yunus gagal menjalankan amanah serta tanggungjawabnya sehingga mengundang kemurkaan Sultan Selangor,” katanya dipetik oleh UMNO-Online.

Dalam hal ini, beliau menyorot antara tindakan pemimpin mereka yang turut berbuat demikian sebagaimana Dr Xavier Jeyakumar, ADUN Sri Andalas yang berucap di tempat solat depan mimbar Masjid Ar Rahimiah Klang.

“Tidak lama selepas itu masjid tersebut dilanda banjir menyebabkan dewan solat rosak dan jemaah terpaksa berpindah menunaikan solat di tingkat atas untuk beberapa bulan lamanya.

“Bekas Ahli Parlimen Serdang dari DAP Teo Nie Ching juga pernah memberikan tazkirah di tempat solat Surau Al Huda Kajang, malah insiden tersebut lebih ‘menggila’ kerana sebagai seorang wanita bukan Islam beliau ketika itu berpakaian baju kebaya dan tidak memakai tudung.

“Kedua dua insiden tersebut telah menjadi viral di beberapa laman blog pada waktu itu maka seharusnya kerajaan negeri Selangor kena lebih sensitif dan peka kepada isu isu seperti ini.”

Kata beliau, larangan tegas hendaklah diberikan kepada semua masjid masjid dan surau dalam negeri Selangor untuk mempastikan tiada lagi sebarang aktiviti politik dalam masjid dan surau.

“Sebagai Exco yang menjaga portfolio hal ehwal agama, Dr Ahmad Yunus mestilah tegas dalam memberikan kepedulian sensitiviti seperti ini agar masjid dan surau tidak dijadikan platfom untuk memecah belahkan umat islam. Masjid dan surau tempat beribadah dimana kita tinggalkan fahaman dan perbezaan politik diluar masjid.”

Ujarnya, amatlah menyedihkan apabila seorang Sultan secara terbuka menyebut baginda murka sekaligus individu yang bertanggungjawab seperti Dr Ahmad Yunus terbukti gagal menjalankan amanahnya.

“Dr Ahmad Yunus wajib meletakan jawatannya serta merta, itulah penyelesaian yang terbaik bagi mengubati ‘kemurkaan’ Tuanku Sultan.

“Atau sebaliknya, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali perlulah bertindak segera memecat Dr Ahmad Yunus dan menggantikannya dengan salah seorang ADUN dari parti PAN iaitu satu peluang keemasan untuk melantik sama ada YB Hasnol Badaruddin ADUN Morib, atau pun YB Saari Sungib ADUN Hulu Kelang,” katanya lagi.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment