Kereta nasional: Nak megah sampai bila…jual hanya 70,000 unit setahun - PM

“Kita nak megah (ini kereta Nasional) sampai bila, jual hanya 70,000...janganlah termakan dengan mainan emosi dari pihak tertentu,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulas kerjasama strategik Proton dengan Geely dalam usah melonjakkan jualan kereta nasional itu.

“Kita hendak berpandangan jauh, kita nak bangsa yang maju dipersada antarabangsa maka kita susun semula saham syarikat semoga dalam masa tidak lama lagi syarikat ini akan lebih maju,” jelas beliau.

Sebelum itu Perdana Menteri memberitahu kerajaan dapat mengelakkan PROTON jadi bankrap dengan menyuntik dana rakyat berjumlah RM1.5 bilion (pinjaman mudah) dan RM1.1 bilion dibayar pada Proton untuk membolehkan syarikat itu ‘bernafas’ sekaligus ‘menyelamatkan’ 60,000 pekerja dan vendor Proton.

Najib berkata demikian di depan lebih 1,000 orang pekebun kecil getah yang hadir di majlis Penyampaian Dividen Risda Peringkat Nasional Tahun 2017 di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang petang Sabtu.

Perdana Menteri berkata, kerajasama Proton dengan Geely adalah langkah bijak dalam menstruktur kembali saham syarikat automotif itu selain menjamin kebajikan 60,000 kakitangannya.

Menurut Najib, melalui kerjasama itu juga ia mampu menjimatkan wang kerajaan daripada terus menyuntik modal dan penjimatan itu boleh digunakan bagi membangunkan kemudahan kepada rakyat.

“Kita jaga kepentingan 60,000 pekerja Proton, sebab itu kita cari rakan strategik yang ada keupayaan. Proton yang buat keputusan mengikut penilaian korporat mereka.

"Geely ada pasaran besar di China yang mana mereka mampu jual 2 juta unit kenderaan setahun, Proton hanya 70,000 unit setahun.

“Kita hendak bermegah, tetapi sampai bila jualan kita hanya mahu 70,000 unit saja, Volvo dia (Geely) ambil, dia boleh jual dua juta unit setahun,” kata beliau.

Turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Menteri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainal Abidin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana