Kerajaan hantar Idris Jala tangani isu FGV...

Kerajaan tidak tunggu lama untuk tangani isu yang melanda Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) ekoran ‘pergelutan’ kalangan bos-bos atasan dalam syarikat strategik itu.

Datuk Seri Idris Jala,bekas CEO MAS dan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dikenali sebagai salah seorang pakar dalam bidang korporat.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan petang Rabu memberitahu beliau dilantik sebagai pihak bebas bagi mebgenali fakta kes serta akan membuat saranan bagi penyelesaian ekoran keputusan Lambaga Pengarah FGV Selasa arah CEOnya Datuk Zakaria Arshah dan tiga lagi pegawai kanan bercuti serta merta.

“Pelantikan Idris turut dipersetujui pihak terbabit iaitu Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad; Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad; Presiden Kumpulan dan CEO FGV, Datuk Zakaria Arshad dan CFO, Ahmad Tifli Mohd Talha,” katanya.

Selain Zakaria dan Ahmad Tifli Talha dua lain ialah Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products (DOP), Kamarzaman Abd Karim dan CEO FGV Trading, Ahmad Salman Omar.

FGV dalam makluman kepada Bursa Malaysia menyatakan, arahan bercuti itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan membabitkan isu tunggakan bayaran oleh syarikat Safitex bagi produk DOP.

Dalam sidang media sebelum itu, Isa berkata, siasatan awal FGV mendapati wujud unsur salah laku dan tidak mengikut prosedur berkaitan isu tunggakan bayaran syarikat Safitex bagi produk DOP.

Katanya, ia susulan pendedahan siasatan audit dalaman (IA) berdasarkan audit kewangan PricewaterhouseCoopers (PwC).

Serentak itu, Isa mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah merangkumi dua pengarah FGV dan Ketua Kluster Logistik untuk menjalankan tugas Presiden Kumpulan dan CEO.

Dua pengarah berkenaan adalah Datuk Dr Omar Salim dan Datuk Mohd Zafer Mohd Hashim yang akan dibantu Ketua Kluster Logistik FGV, Azman Ahmad.

Jawatankuasa itu juga melantik Pengawal Kewangan Kumpulan Sektor Perladangan, Aznur Kama Azmir sebagai CFO sementara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana