KERAJAAN DAP PULAU PINANG ADALAH SEBUAH KERAJAAN YANG GAGAL

Sudah menjadi kebiasaan puak Pakatan Harapan mengamalkan politik menghasut dan hasad dengki. Cara licik dan keji itu hanyalah semata-mata untuk menjatuhkan kepimpinan kerajaan dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Puak pembangkang ini sanggup melakukan apa sahaja asalkan nafsu politik mereka dapat dilampias. Jadi, tidak menghairankanlah apabila ada dikalangan pemimpin pembangkang sanggup memburuk-burukkan negara sendiri sehingga ke luar negara.

Teramatlah malangngnya negara kita kerana mempunyai kumpulan pembangkang yang berakal singkat, tidak professional, tiada integriti, tidak patriotik dan biadap.

Jadi, tidak menghairankan apabila MCA menyifatkan parti pembangkang hanya fokus dengan politik menghasut dan hasad dengki berbanding dalam menyampaikan hasil dengan membuat pelbagai pembangunan konstruktif untuk negara ini.

Itulah yang disifatkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata MCA fokus dalam menyampaikan hasil dengan membuat pelbagai pembangunan konstruktif untuk negara ini berbanding parti pembangkang yang sering mengamalkan politik menghasut dan hasad dengki.

Mengambil contoh usaha kerajaan membawa masuk pelaburan asing ke negara ini, pemimpin puak Pakatan Harapan dilihat cuba mengelirukan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak benar.

“Kita tidak akan memutar belit isu-isu yang ada kerana kita tahu contohnya apabila kita dapat pinjaman daripada negara China, kita dapat sokongan dari segi ‘belt and road’ (Jalur dan Laluan).

“Pembangkang cuba menyatakan pelbagai impak negatif seperti kita akan dijajah oleh China, kita akan jual negara dan sebagainya. Ini semua fakta yang tidak betul.

“Kita nak menyatupadukan rakyat bukan sahaja komuniti Cina malah berbilang kaum untuk kita tumpukan dari segi pembangunan negara bukan dari segi merosakkan negara, mencaci, menghasut, hasad dengki pada negara sendiri,” kata Tiong Lai.

MCA Belt and Road Centre (Mbrace), yang dilancarkan Disember tahun lepas, bertujuan membolehkan usahawan Malaysia dan China merebut peluang melalui pertukaran maklumat dan pemadanan perniagaan.

Namun apabila mereka menjalinkan hubungan dengan pelaburan asing, mereka mendabik dada mengatakan ianya tindakan yang wajar dan baik kepada negara.

Ini dapat dilihat apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskan Rang Undang-undang Pinjaman Negeri Pulau Pinang 2017 yang membolehkan kerajaan negeri membuat pinjaman daripada sebuah bank di China, baru-baru ini.

Alasan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, pinjaman itu sebagai satu pengiktirafan daripada kerajaan China terhadap kerajaan negeri berdasarkan kepada prestasi kewangan yang baik.

“Apabila negeri Pulau Pinang dapat pinjaman mereka kata ini amat baik. Tapi bila kita dapat pinjaman mereka kata kita nak jual negara. Ini sikap dwi-standard mereka,” tempelak Tiong Lai.

Malah Tiong Lai turut menyifatkan kerajaan negeri pimpinan DAP itu sebagai ‘cakap tidak serupa bikin’ apabila gagal menunaikan 51 janji selepas mengambil alih negeri ini selama sembilan tahun.

“Kita tak mahu macam kerajaan negeri Pulau Pinang cakap tak serupa bikin. 51 janji yang telah dijanjikan sampai hari ini tak dapat ditunaikan.

“Kita sebagai kerajaan bertanggungjawab, parti Barisan Nasional kita akan tunaikan apa yang kita janji. Kita akan pastikan negara kita terus pesat membangun,” kata Tiong Lai.

Inilah sikap muka tembok dan tidak sedar diri puak pembangkang, meraka hanya berkata mengikutkan nafsu jahat mereka sahaja. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana