KERAJAAN DAP P PINANG SETUJU NAIKKAN KADAR AIR LAGI? – UNIT KOMUNIKASI STRATEGIK BN

Kerajaan Pulau Pinang digesa untuk mengesahkan atau menafikan sama ada terdapat keputusan dibuat Exco Pulau Pinang bagi kenaikan kadar air secara menyeluruh pada September 2016.

Selain itu, Unit Komunikasi Strategik Barisan Nasional di dalam satu kenyataan turut meminta DAP untuk memberi jaminan kepada pengguna dan pemilik perniagaan, bahawa kadar air di Pulau Pinang tidak akan naik buat kali keenam jika mereka mengundi semula parti itu pada Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.

“Ia sudahpun mencetuskan kebimbangan apabila tahun lalu apabila Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengumumkan Bajet 2017 bagi Pulai Pinang di mana Pejabat Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri itu diperuntukkan RM707 juta, atau hampir separuh dari bajet keseluruhan negeri melibatkan RM1.45 bilion bagi tahun ini.

“Kebimbangan ini semakin meningkat apabila didapati, daripada jumlah RM707 juta itu, Pejabat Ketua Menteri perlu memperuntukkan RM609 juta sebagai pinjaman kecemasan kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di mana Ketua Menteri juga adalah Pengerusi agensi itu.

“PDC adalah milik sepenuhnya Kerajaan Pulau Pinang di mana ia turut merekodkan kejatuhan keuntungan sehingga 80 peratus pada tahun 2015.

“Bagaimanapun, ramai yang pelik mengapa Pejabat Ketua Menteri perlu memperuntukkan pinjaman kecemasan sebanyak RM30 juta kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di mana Ketua Menteri juga adalah Pengerusinya, disebalik hakikat kadar air sudah dinaikkan sebanyak empat kali antara 2008 hingga 2016,” kata Unit tersebut di dalam kenyataannya, hari ini.

Menurutnya lagi, Pulau Pinang turut menaikkan kadar air pada 2010, 2013, 2015 dan menaikkan caj air mentah negeri pada 2016.

Di sebalik pinjaman kecemasan ini dan empat kenaikan kadar air ujarnya, mereka juga dimaklumkan bahawa Kerajaan Pulau Pinang melalui satu mesyuarat Exco yang berlangsung pada 26 Oktober 2016, telah meluluskan satu lagi kenaikan caj air terhadap seluruh Pulau Pinang, hampir sama dengan kenaikan yang sudah dilaksanakan pada 1 April 2015.

Kerajaan Pulau Pinang kemudian mengemukakan satu permohonan rasmi kepada Kerajaan Persekutuan pada 23 Disember 2016 bagi memohon kenaikan kadar air ini di mana akan memperlihatkan bil untuk kegunaan domestik meningkat hingga 77 peratus manakala pemilik perniagaan akan menanggung kenaikan sehingga 58 peratus berkuatkuasa 1 April 2017.

“Berdasarkan kepada perkiraan Kerajaan Pulau Pinang, selain menindas isirumah, permohonan semakan semula itu akan turut memberi kesan yang besar kepada kos operasi perniagaan.

“Dianggarkan, bil air bagi sesebuah kilang di Pulau Pinang akan meningkat dari RM88,000 sebulan kepada antara RM196,000 hingga RM284,000 sebulan atau kenaikan sehingga 45 peratus. Manakala sebuah hotel lima bintang dianggarkan akan menanggung kenaikan sehingga RM22,000 iaitu dari bil bulanan sebanyak RM48,000 kepada RM70,000 sebulan.

“Kita bimbang dengan kenaikan berterusan kadar air pada jumlah yang besar itu akan memberi kesan melalui kenaikan kos kepada sektor perkilangan hingga memaksa mereka menutup kilang mereka dan keluar dari Pulau Pinang. Berdasarkan kepada proses pengeluaran semikonduktor ia memerlukan penggunaan air yang tinggi,” tegasnya.

Ujar kenyataan itu lagi, perniagaan kecil juga bakal berdepan kos penggunaan air meningkat secara ketara. Perkiraan Kerajaan Pulau Pinang sendiri menunjukkan bil bulanan bagi restoran biasa akan meningkat pada kadar 46 peratus iaitu dari RM6,700 kepada RM9,900 manakala kedai gunting rambut akan memperlihat kenaikan sehingga 58 peratus dari RM730 kepada RM1,200 sebulan.

“Kita bimbang kenaikan begitu tinggi bagi bil air bulanan akan menyebabkan pemilik perniagaan terpaksa memindahkan kos berkenaan kepada pelanggan melalui harga yang lebih tinggi,” katanya.

Cadangan peningkatan kadar air ini ujar kenyataan itu lagi akan memperlihat Kerajaan Pulau Pinang menambah pendapatan mereka sehingga RM150 juta setiap tahun hasil kenaikan caj air yang dikenakan terhadap pengguna individu dan perniagaan.

Permohonan itu turut menyatakan kenaikan secara keseluruhan ini akan mula dikuatkuasakan pada 1 April 2017. Bagaimanapun satu surat susulan dikemukakan pada Februari 2017 bagi menarik balik kadar air ini, berkemungkinan atas sebab politik.

“Ia kemudian digantikan dengan satu permohonan lain dengan kenaikan lebih sederhana untuk menggandakan caj konservasi air dari 48 sen setiap unit kepada RM1 setiap unit.

“Penggandaan caj konservasi ini disahkan oleh Kerajaan Pulau Pinang pada April lalu namun ia akan mengurangkan pendapatan PBAPP berbanding kenaikan terhadap individu dan perniagaan melalui kenaikan caj secara menyeluruh.

“Terdapat kebimbangan selepas Pilihanraya Umum ke-14 nanti, Kerajaan Pulau Pinang akan mengemukakan semula permohonan kenaikan air secara menyeluruh bagi mengelak PBAPP kerugian, apatah lagi jika mengambil kira perbelanjaan tahunan kerajaan negeri Pulau Pinang telah meningkat sehingga 500 peratus sejak 2008 dan seorang Exco Pulau Pinang sendiri mengakui, tiada banyak lagi tanah untuk dijual di Pulau Pinang,” katanya.

Kebimbangan tersebut bertambah buruk apabila Guan Eng melalui satu kenyataan baru-baru ini merungut mengenai cadangan Cukai Pelancongan Kerajaan Persekutuan adalah tinggi namun bertegas akan mengekalkan cukai hotel yang dikenakan Kerajaan Pulau Pinang, bermakna akan mengaut pendapatan dua kali cukai kepada Kerajaan Pulau Pinang.

“Beberapa pemerhati telah menimbulkan kebimbangan, ia satu petunjuk bahawa Kerajaan Pulau Pinang amat terdesak dalam memerlukan wang,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana