KEMANA DANA HAMPIR RM20 BILION KETIKA SHAFIE APDAL JADI MENTERI, SOAL GAUM

Apa sudah jadi dengan dana hampir RM20 bilion yang diberikan kepada Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah (KKLW) semasa Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi menteri?

Itu soalan yang diajukan Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno (Gaum), Datuk Zulkarnain Mahdar.

“Projek bekalan air bernilai RM100 juta untuk penduduk di Pulau Gaya, Sabah pada tahun 2011. Sepatutnya kira-kira 12,000 pengguna yang terlibat dalam projek berkenaan sudah dapat menikmati bekalan air bersih , namun yang berlaku sebaliknya.

“Masih banyak keluhan disuarakan rakyat berkenaan bekalan air bersih ini, khususnya mereka yang menetap di Pulau Gaya. Mengapa projek ini gagal? Dan kenapa projek ini tidak diketahui oleh pihak kerajaan negeri?, soal Zulkarnain dipetik temubualnya bersama akhbar Mingguan Malaysia, hari ini.

Ujar Zulkarnain lagi, Shafie gagal sebagai seorang menteri untuk membawa perubahan dan tidak ikhlas berkhidmat untuk rakyat Sabah, sepanjang lima tahun mendiami kerusi empuk di Putrajaya.

Beliau berkata demikian mengulas tindak tanduk Shafie sekarang yang begitu beriya-iya menjelajah seluruh Sabah, kononnya untuk mrmbrla nasib penduduk negeri itu.

“Banyak isu mengenai jalan raya, bekalan elektrik dan air bersih tidak diselesaikan Shafie walaupun kementerian di bawah beliau telah menerima hanpir RM20 bilion daripada kerajaan dalam tempoh berkenaan.

“Meskipun kerajaan Persekutuan memperuntukkan sehingga RM3 bilion ke RM5 bilion setahun kepada KKLW yang diterajui Shafie sebelum ini, namun masih banyak lagi jalan-jalan kampng yang perlu kepada penambahbaikan khususnya di luar bandar,” ujarnya.

Zulkarnain juga berkata beliau hairan mengapa Shafie tidak pernah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Sabah, untuk berbincang mengenai keperluan rakyat negeri itu, sepanjang tempoh beliau menjadi menteri.

“Setahu saya dia tidak pernah mengadakan pertemun dengn Datuk Seri Musa Aman dan menteri-menteri Kabinet negeri untuk membincangkan perkara ini.

“Tindakannya membelakangkan peranan Pejabat Daerah seumpama membelakangkan rakyat negeri di seluruh Sabah kerana organisasi ini nenounyai maklumat yang tepat kemudahan infrastruktur yang perlu kepada penambahbaikan segera.

“Malah pejabat Daerah mempunyai jawatan Majlis Tindakan Daerah bagi mengenalpasti setiap masalah rakyat,” ujarnya panjang lebar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana