KELUAR PARTI: MUHYIDDIN BINGUNG, MASIH TIDAK FAHAM TENTANG PPBM

Kadang-kadang kasihan juga melihat keadaan dan situasi yang sedang dihadapi oleh Muhyiddin Yassin. Apa tidaknya, beliau sering menjadi sasaran politik oleh ahli-ahli PPBM sendiri yang melahirkan rasa tidak puas hati sehingga wujud gelombang keluar parti secara besar-besaran di beberapa buah daerah. Kehormatannya hampir sudah tidak dimiliki lagi, berbanding ketika karier politiknya bersama UMNO.

Itulah hakikat yang perlu Muhyiddin terima, apabila parti yang dikepalainya itu turut dianggotai oleh “barah” yang pernah membungkami UMNO. Kecewa kalah bertanding, pengampu, pentaksub dan pengamal kronisma tahap dewa serta pesakit sindrom gila kuasa kini berlegar-legar di dalam parti pribumi, sambil mencari kepentingan diri.  Apa yang hendak dihairankan jika Muhyiddin diperlakukan sedemikian rupa?

Situasi ini amat bertepatan dengan kenyataan seorang ahli pimpinan tertinggi parti bunga pada Disember 2016 apabila mendakwa elemen (negatif) dalam UMNO telah menyelusup masuk ke parti itu. Ya benar, elemen itu dibawa masuk oleh bekas ahli UMNO kategori barah seperti perenggan diatas sekaligus membersihkan UMNO secara semulajadi.

Lucu apabila Muhyiddin berkata, “Saya tidak faham kenapa mereka marahkan saya sedangkan keputusan dibuat oleh pucuk pimpinan parti, “

Rupanya, Muhyiddin tidak faham, dan mungkin tidak akan pernah faham bahawa gerombolan yang bersamanya itu adalah mereka-mereka yang perlukan pangkat dan kuasa. Selagi kehendak mereka belum dipenuhi, selagi itulah mereka akan “membarahi” Muhyiddin.

Walau di mata sendiri, Muhyiddin merasakan bahawa beliau adalah presiden parti, tetapi tidak mustahil kewujudan Muhyiddin dianggap sekadar tunggul oleh golongan-golongan tersebut.

Pada mereka, peduli apa tentang Muhyiddin, yang penting segalanya adalah tentang Mahathir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana