JAWATAN DALAM PERTUBUHAN HARAM PUN MAHATHIR NAK SUSUN JUGA?

BIBIT-BIBIT berebut jawatan yang kita bincangkan banyak kali beberapa hari kebelakangan ini KALAU Pakatan menang dalam PRU14, semakin nyata bila jawatan dalam Pakatan Harapan yang secara teknikalnya adalah pertubuhan haram ini pun Mahathir nak susunkan.

Menurut laporan berita, orang-orang Mahathir sibuk menyusun siapa patut jadi apa dalam Pakatan dan mengenali Mahathir, kita semua tahu ini memang kerja dia.  Memang biasa bagi Mahathir menggunakan orang untuk menjalankan kerja jahatnya supaya dia nampak suci dan baik sepanjang masa. Masa jadi Perdana Menteri macam itu, dah tak jadi Perdana Menteri pun macam itu.

Walaupun Anwar dah tunjuk tempat Mahathir ni di mana tapi ego tua kutuk itu kelihatan tidak begitu mempedulikannya.  Mahathir masih rasa dia paling layak berkuasa dalam menentukan apa yang patut atau tidak mengikut acuannya sekalipun dunia tahu partinya hanya mempunyai 1 kerusi parlimen dan 2 kerusi DUN – semuanya dimenangi atas tiket BN.

Negara ini, ekonomi dan segala di dalamnya sangat sensitif kepada pelbagai faktor.  Sebagai contoh, harga minyak jatuh, duit pun ikut jatuh, CEO nak kena buang pun saham boleh jatuh juga dan sebagainya.  Siapa bodoh saja berpendapat kalau berlaku perebutan jawatan dalam kerajaan, negara tidak akan menerima apa-apa kesan.

Satu ketika dulu, kita menjadi tumpuan pelaburan kerana kos operasi yang murah.  Kelebihan itu bagaimana hari ini sudah diambil negara-negara lain yang ekonominya mula berkembang.  Yang ada pada kita hari ini ialah kestabilan politik dan kerajaan. Bagaimana agaknya kestabilan itu boleh dicapai kalau pemimpin sibuk berebut jawatan jika Pakatan dibenar menjadi kerajaan di peringkat persekutuan?

Justeeru, rakyat perlu menolak Mahathir dan Pakatan yang dinasihatkannya.  Memilih mereka ibarat mengundang bala kepada negara kita yang selama hari ini aman dan sejahtera.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment