JAWAB PERSOALAN EXCO ARMADA… INILAH PELUANG TERBAIK SYED SADDIQ ANJUR DEBAT ‘NOTHING TO HIDE’

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Mohd Nazri Amin berkata Ketua Sayap Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman seharusnya mencuri peluang sedia di atas persoalan yang dilemparkan Exconya untuk membuktikan betapa parti itu adalah parti yang “nothing to hide”.

Jelasnya lagi adalah sesuatu yang cukup memalukan diri sendiri apabila Syed Saddiq sibuk mahu menganjurkan debat “nothing to hide” tetapi partinya sendiri mengamalkan perkara semua disembunyikan.

Justeru tambah beliau inilah peluang dan kesempatan terbaik untuk Syed Saddiq menganjurkan debat “nothing to hide” antara Exconya dengan Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Inilah perkara pertama yang mereka perlu jawab dan bukannya ghairah mencabar di sana sini seperti mana bak kata pepatah ayam berkokok berderai-derai tetapi ekornya bergelumang dengan tahi. Jawablah dulu persoalan yang dibangkitkan itu.

“Lagi pun yang melontarkan dakwaan berkenaan bukanlah orang asing tetapi di kalangan mereka sendiri dan inilah yang sepatutnya mereka utamakan. Jawablah dulu apa yang ditimbulkan itu,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Dilaporkan sebelum ini, Exco Armada PPBM, Muhammad Hafiz Azhar berkata, pelbagai soalan diajukan oleh ahli peringkat akar umbi mengenai kekayaan luar biasa anak-anak Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan juga skandal Nika Ghee dengan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Bagaimana pun semua soalan itu akan dielak daripada dijawab oleh mereka yang berkenaan ketika mesyuarat bersama dan saya sendiri menghantar pesanan ringkas kepada Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tetapi semuanya membisu seperti ingin melindungi sesuatu.

“Perkara itu perlu dijelaskan dan semua ahli ingin mengetahui kebenaran. Jika mereka tidak jujur maka selama ini perjuangan kami untuk parti adalah sia-sia,” jelasnya pada sidang akhbar.

Mengulas lebih lanjut Nazri seterusnya berkata cabaran terhadap Datuk Seri Najib untuk menghadiri debat yang mereka anjurkan sekadar untuk mengalih isu dan seterusnya mengelakkan daripada menjawab persoalan berkenaan.

Kata beliau inilah gaya politik dan permainan mereka yang cuba mengaburi rakyat daripada isu-isu serta perkara yang boleh menjejaskan reputasi parti berkenaan.

“Percaya segala lontaran persoalan yang dibangkitkan itu tidak akan mendapat jawapan yang sebenar bukan sahaja daripada Syed Saddiq malah daripada pucuk pimpinan mereka sendiri. Apa kita tunggu dan lihat selepas ini apa lagi sandiwara mereka selepas cabaran debat tersebut,” ujarnya. -MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana