Janji Ditepati : LRT Fasa 2 Akan Dilancarkan 17 Julai Depan...Syabas KErajaan Barisan Nasional

Kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal menunaikan janji tidak lama lagi apabila Fasa 2 sistem Mass Rapid Transit (MRT) yang akan menjadikan jajaran Sungai Buloh – Kajang lengkap akan dilancarkan pada 17 Julai depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dengan pelancaran Fasa 2 itu nanti, lengkaplah projek MRT sepanjang 51 kilometer yang akan memberikan faedah kepada penduduk sepanjang laluan berkenaan.

“Melalui fasa 1 (Sungai Buloh-Semantan) dan fasa 2 MRT ini, kerajaan menjangkakan perkhidmatan ini akan dapat memberi manfaat kepada lebih 500,000 penumpang yang akan menggunakannya setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Rancangan Fizikal Negara Ke-3 (RFN Ke-3), Dasar Perbandaran Negeri Ke-2 (DPN Ke-2) dan Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara (DPF Desa Negara) di Putrajaya, hari ini.

Fasa 1 membabitkan 21 kilometer untuk laluan dari Sungai Buloh ke Semantan.

Fasa 2 adalah untuk laluan sepanjang 9.5 kilometer, bagi seksyen bawah tanah dari Semantan ke Maluri dan 20.5km laluan dari Maluri ke Kajang.

Sementara itu, Najib berkata, tiga buah dokumen besar di bawah Rancangan Pemajuan Nasional (RPN) iaitu RFN Ke-3, DPN Ke-2 dan DPF Desa Negara akan mencorakkan pembangunan negara yang cekap dan mampan.

“Penyediaan Rancangan Pemajuan Nasional ini yang selaras dengan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) memastikan pembangunan berlaku dengan seimbang dan saksama di setiap ceruk tidak kira kampung, desa, mahupun bandar.

“Malah saya percaya dokumen perancangan yang sudah dirangka ini sememangnya berpaksikan kepada manifestasi dan mengambil kira pandangan, kemahuan dan aspirasi serta keperluan setiap lapisan masyarakat di negara ini,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana