Jangan bersekongkol dengan pihak nak jatuhkan umat Islam

PAS sudahpun sedar dan kembali ke pangkal jalan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed bila lagi, tanya ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau dalam nada serius berharap tokoh pembangkang, yang pernah memimpin UMNO dan kerajaan hampir 23 tahun “sedar dan segera berbuat demikian.”

Dalam  konteks sama, Tajuddin berharap  orang Melayu  khasnya umat Islam “memasukkan undi  kedalam peti undi sebagai menunjukkan penentangan kepada pembangkang yang cuba hendak menjatuhkan kerajaan yang ada pada hari ini.”

Beliau yang juga Ketua UMNO bahagian Pasir Salak berkata, umat Islam hari ini mendapat pembelaan daripada pemimpin-pemimpin kerajaan yang yang diterajui oleh pemimpin Islam yang sudah tentunya mempertahankan agama dan membela umat Islam.

"Memasukkan undi kita ke dalam peti undi itu adalah merupakan sumbangan kita atau `penentangan’ kita... kalau kita undi kerajaan pada hari ini maknanya  sokongan kita pada perjuangan kita... sokongan kita untuk membela bangsa, agama Islam.

"Tapi kalau kita memberi undi kepada pembangkang bermaknanya undi menyokong untuk kita menjatuhkan  kerajaan... kita bersekongkol dan pihak yang hendak menjatuhkan umat Islam dan agama Islam itu sendiri.

"Jadi pilihlah dipihak yang menyokong yang berbakti kepada perjuangan kita dan jangan sekali-kali nak menjadi pembelot atau pengkhianat kepada perjuangan... “

Tajuddin mengingatkan umat lslam bahawa undi mereka penting tetapi mereka “menganggap undi itu dengan sambil lewa... tak apalah  bagi can (peluang) kepada dia orang... can mali can lama-lama jadi belacan.”

Beliau bimbang sekira berlaku perubahan pemerintahan kepada pihak pembangkang sudah barang tentu agenda mereka kita tahu adalah bertentangan dengan agenda  kita sama ada dari segi agama, ekonomi,  pendidikan dan sebagainya.

"Ini penting dan perlu disedari oleh orang Melayu, umat Islam supaya jangan tersilap langkah dalam memberikan undi semasa pilihanraya  ini nanti.

"Saya nak membuka minda pemikiran ini sebab apa dimasa pilihanraya  lalu banyak yang tersalah langkah membuat pilihan yang salah memberikan undi kepada DAP, PKR. . . kepada pembangkang yang jelas merupakan penentang kepada kerajaan yang memerintah hari ini,’’ katanya.

Tajuddin berkata demikian kepada pemberita semasa menyerahkan Zakat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Zon Sungai Manik dan Berbuka Puasa bersama masyarakat setempat di Masjid Pekan Rabu, Sungai Manik pada Khamis.

Dalam konteks ini, menyeru kepada orang Melayu yang sudah tersilap langkah itu supaya kembali ke pangkal jalan.

"So kalau dah tersilap balik kepangkal jalan... sekarang PAS pun dah sedar tak mahu lagi dengan DAP, PKR... dia orang dah sedar dan insaf balik ke pangkal jalan. . . kita sedar lebih awal dah... PAS dia lewat sikit... tapi tak apa lewat asalkan selamat.

"Saya harap mesej ini sampai kepada semua ortang Melayu dan  beragama islam sudah... sudah yang silap bersekongkol dengan Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Tun Mahathir pun patut insaflah kalau sekiranya kerajaan ini kalah kerajaan nak dibentuk tiadanya kuasa dalam tangan Melayu dan Islam.

"Saya boleh buat masjid ini pasal apa pasal kerajaan BN bagi RM3juta buat masjid ini saya tambah RM1 juta jadi RM4 juta... DAP memerintah boleh kita buat masjid ini... jauh pangang dari api.

"Kita buat masjid ini ini terutama untuk kepentingan orang Melayu... kerajaan UMNO dikuasai oleh orang Melayu...

“Kesian Dr Mahathir macam mana boleh jadi begitu, kita doakan sebelum dia meninggal dunia sedarlah sikit... baliklah kepangkal jalan,’’kata Tajuddin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana