Isu pengundi hantu: DAP Perak salah alamat...Dah Mula Lah Pengundi Hantu Muncul

Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak menyifatkan tuduhan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Meng berhubung dengan perpindahan pengundi yang dikaitkkan dengan Barisan Nasional dan mencabar Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir untuk menjawab segala tuduhannya sebagai `salah alamat’.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Shaarani Mohamed berkata ini kerana, urusan mengenai pendaftaran mahupun perpindahan pengundi adalah proses yang dibuat melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan tidak ada kena mengena dengan Menteri Besar mahupun Barisan Nasional.

Katanya dalam satu kenyataan betulis kepada media pada Isnin, sebagai pemimpin sebuah parti politik dan bergelar Yang Berhormat, Nga Kor Meng sepatutnya tahu proses pendaftaran dan perpindahan pengundi adalah sesuatu yang termaktub dalam perlembagaan dan SPR akan membuat pameran setiap suku tahun daftar pemilih bagi tujuan bantahan.

“Persoalannya apakah Nga Kor Meng tidak tahu atau tidak pernah mahu ambil tahu soal bantahan sewaktu daftar pemilih dipamerkan”.

Beliau berkata Keduanya, proses belah bahagi yang telah diwartakan pada tahun lalu oleh SPR berdasarkan peruntukan undang-undang,  turut menyebabkan pergerakan pengundi khususnya perubahan Daerah Mengundi.  Ini melibatkan pengundi tanpa mengira penyokong mana-mana parti.

“Malah proses ini dilakukan oleh SPR dalam usaha memperbetulkan sempadan pilihanraya. DAP juga telah dimaklumkan mengenai perkara ini”.

Shaarani berkata Nga Kor Meng terus memperlihatkan sifat buruknya dengan melemparkan pelbagai tuduhan kononnya pergerakan pengundi ini adalah perbuatan Barisan Nasional.

Inilah bukti kebusukan hati beliau kerana DAP telahpun dimaklumkan dengan proses belah bahagi ini oleh SPR dan dibekalkan dengan senarai daftar pemilih yang terlibat sama seperti yang dibekalkan kepada Barisan Nasional.

“Dan ketiganya, kita juga ingin mencabar Nga Kor Meng untuk menjelaskan berlakunya juga perpindahan pengundi dari kawasan Parlimen tertentu ke kawasan-kawasan yang kita tahu menjadi sasaran pembangkang. Malah kita juga dapat mengenalpasti alamat yang sama digunakan oleh pengundi Cina, India dan Melayu.

“Persoalannya, yang kita ingin ajukan kepada Nga Kor Meng, ialah kerja siapakah yang memindahkan pengundi ini.

Beliau mengingatkan Nga Kor Meng agar “jangan main baling batu sembunyi tangan.

"Semakin banyak tuduhan dilemparkan semakin terserlah keburukan sikapnya dan menyerlahkan sememangnya DAP menggunakan fitnah dan tohmah terhadap pihak lain demi untuk  menutup ‘kejahatan’ yang mereka lakukan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana