HIDUPKAN KEMPEN ANTI ROSMAH PERLIHAT PEMBANGKANG SUDAH MATI AKAL SERANG BN

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrum Datuk Mohd Sharif menyelar tindakan pembangkang yang cuba menghidup dan melancarkan semula kempen memburuk-burukkan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Jelas beliau, tindakan pembangkang itu ternyata satu langkah desperado yang memperlihatkan mereka sudah mati akal untuk menyerang Barisan Nasional (BN) khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Tindakan pembangkang ini benar-benar menggambarkan bahawa mereka kini begitu terdesak dan ketandusan idea. Disebabkan sudah tidak ada isu-isu yang boleh dibangkitkan maka mereka sudah semacam mati akal hingga terpaksa bermain kotor dengan menyerang peribadi isteri perdana menteri.

“Bagi saya ini adalah satu satu tindakan desperado. Saya amat berharap agar rakyat tidak akan mudah terpengaruh dengan dengan dakyah pembangkang ini yang telah terbukti satu fitnah yang berniat jahat… sama sekali tidak berasaskan fakta dan kebenaran,” ujarnya ketika dihubungi oleh UMNO-Online.

Tambah Shahrum, kempen jijik pembangkang seperti ini sudah diduga kerana mereka tidak ada isu lain selain fitnah dan menyerang peribadi musuh mereka.

“Apatah dalam keadaan mereka (pembangkang) yang kini sedang teruk bergelut denga pelbagai kemelut seperti isu calon PM, pembahagian kerusi, slah urus tabir, perebutan kuasa sesama mereka dan macam-macam lagi maka mereka tidak ada pilihan selain melancarkan kempen menjijikkan ini terhadap isteri perdana menteri”, katanya. – MediaUMNO
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment