HENTIKAN FITNAH DAN HASUTAN ORANG GILA MACAM RAFIZI

Rafizi Ramli adalah juara fitnah Nombor 1 dunia, kononnya banyak mendedahkan salahguna kuasa Perdana Menteri dan pihak kerajaan sebaliknya sering tertangkap kerana membuat tuduhan, fitnah dan dakwaan yang tidak berasas tanpa menyemak fakta terlebih dahulu.

Antara Fitnah yang dilemparkan Rafizi Ramli adalah seperti berikut:

1. Fitnah cincin isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Rafizi Ramli memberikan alasan semasa perbicaraan saman fitnah di Mahkamah bahawa kenyataan beliau adalah berselorih dan hanyalah gurauan semata-mata.

2. Fitnah dana awam National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) diseleweng dalam pepembelian hartanah di KL Eco City, Bangsar. Rafizi gagal kemuka bukti di mahkamah diperintahkan membayar ganti rugi RM200,000 kepada Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya kerana fitnah tersebut.

3. Fitnah ke atas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terlibat urusniaga Boustead Holdings Berhad berhubung pembayaran bernilai RM160 juta tetapi ia dinafikan. Rafizi tarik balik tuduhan sebagai penyelesaian luar mahkamah.

4. Fitnah semasa himpunan haram Blackout PRU13, Rafizi mengaku bersalah menganjur perhimpunan blackout di Padang Merbok tanpa persetujuan daripada pemilik padang. Rafizi juga gagal mengemukakan bukti mengenai blackout semasa PRU13, terutamanya dakwaan pengundi hantu dan Bangladesh seperti yang didakwa.

5. Fitnah UMNO serang gereja menggunakan Molotov. Rafizi gagal kemuka bukti di mahkamah dan dijatuhi hukuman denda RM1,800.

6. Fitnah kerajaan beli BMW 7series. Rafizi membuat tuduhan kononnya kerajaan membeli kereta BMW untuk kegunaan, ia bagaimanapun dinafikan syarikat BMW sendiri dan tiada permohonan maaf daripada beliau.

7. Fitnah yuran konsultan oleh MMC Gamuda kepada MRT sebanyak RM7 bilion. MMC Gamuda menjelaskan yang bayarannya sebagai rakan kongsi penyediaan projek (PDP) untuk projek Transit Aliran Ringan 1 (MRT 1) dianggarkan RM750 juta. Rafizi tidak meneruskan fitnahnya dan tidak lagi dimainkan isu ini.

8.Hampir 4000 orang pencarum dalam Tabung Haji tidak dapat melaksanakan rukun Islam ke 5 akibat daripada fitnah daripada RafiziRamli kononnya Tabung Haji akan bankrup tidak lama dahulu. Kesemua pencarum tersebut mengeluarkan caruman apabila Rafizi Ramli mengatakan bahawa Tabung Haji bakal bankrup beberapa hari sebelum Tabung Haji mengumumkan dividen Tinggi kepada setiap penyimpannya.

9. Rafizi disaman fitnah bersama-sama pemilik saluran Youtube Media Rakyat, Chan Chee Kong kerana membuat tohmahan kononnya Perdana Menteri sengaja menaikkan harga minyak bagi membolehkan dan membiayai cincin untuk Datin Seri Rosmah Mansor. Pada 5 Jun 2015 Rafizi menyatakan segalanya fitnah, tohmahan dan cerita karut berkaitan dengan cincin RM 24 juta milik Rosmah hanya gurauan.

10. Rafizi memfitnah Felda dan anak-anak syarikatnya mencatatkan kerugian operasi yang menelan jumlah yang banyak bernilai RM 1.4 bilion pada tahun 2014. Rafizi menambah tidak mustahil Felda dan anak syarikatnya akan mengalami nasib yang sama pada tahun 2015 dan 2016. Kononnya Felda tidak mempunyai wang yang cukup untuk melangsaikan bonus yang telah dijanjikan oleh peneroka.

Adakah Rafizi mempunyai bukti yang kukuh terhadap dakwaan berhutang demi membayar bonus tersebut? Terlalu banyak fitnah yang dilemparkan oleh Rafizi berhubung isu Felda ini.
Rakyat perlu tahu bahawa tohmahan dan fitnah yang dilemparkan olehpakatan pembangkang sebenarnya untuk menutup kejahatan mereka sendiri. Tidak pernah wujud sebiji zarah pun dalam pembangkang untuk berjuang demi rakyat dan untuk rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana