Hebat Hafal 113 Lagu Kebangsaan....Tabik Lah Inilah Baru Betul

PETALING JAYA: Thean See Xien menghafal 113 lagu kebangsaan sejak 15 tahun lalu, tetapi lagu Negaraku masih mendapat tempat istimewa di hatinya.

See Xien, 31, sebak apabila mendengar asal lagu kebangsaan Malaysia semasa TedTalk oleh komposer Saidah Rastam tahun lalu.

"Negaraku merupakan lagu kebangsaan pertama yang saya belajar. Ia pada asasnya merupakan lagu cinta mengenai seorang yang meluahkan perasaan cintanya pada negara kini dan kesanggupan kita melindunginya.

"Ia bercakap tentang Malaysia yang kita semua inginkan, dan kita seharusnya mendengar mesej yang dibawa di dalam lagu kebangsaan kita," katanya.

Peguam yang berasal dari Kuala Lumpur itu percaya rakyat Malaysia mempunyai banyak perkara untuk ditawarkan sesama yang lain, dan ia tidak seharusnya dibayangi perbezaan sosial dan politik.
"Salah satu bait lagu Negaraku adalah tanah tumpahnya darahku.

"Sudah tentu saya berharap kita tidak menumpahkan darah secara literal, tetapi perlu ada kesanggupan dalam kalangan rakyat Malaysia untuk meletakkan kehidupan mereka demi kepentingan negara," katanya.

See Xien mencuri perhatian kerana hobinya itu dan percaya semua lagu kebangsaan mencerminkan denyutan nadi negara."Sesebuah lagu kebangsaan mencerita tentang nilai yang dipunyai negara, dan apa yang penting kepada rakyat adalah semasa lagu itu dipilih," katanya.

Sebagai contoh katanya, lagu kebangsaan Perancis yang bertajuk 'La Marseillaise' yang diterima pakai pada 1975 semasa Revolusi Perancis, jadi ia merupakan seruan untuk menentang kezaliman dan pencerobohan asing.

"Lagu kebangsaan Britain iaitu 'God Save The Queen' pula meraikan identiti tiang negara itu iaitu rajanya," katanya.

See Xian berkata, dia perlu mengulangi lagu-lagu itu untuk menghafalnya.

"Saya mendengar sesebuah lagu kebangsaan di YouTube dan mengulanginya sehingga melodi itu melekat dalam kepala saya, dan kemudian saya melayari Wikipedia untuk mendapatkan liriknya.
"Kebiasaannya saya mendengar lagu pada waktu malam dan kemudian tidur bersama muzik berkenaan sehingga bait-bait liriknya berada dalam kepala," katanya sambil menambah dia mengambil masa kira-kira hari untuk menghafal sesebuah lagu kebangsaan.

See Xian hanya boleh berbahasa Melayu dan Inggeris, tetapi fasih menyanyikan lagu-lagu kebangsaan dari serata Eropah, Asia, Utara dan Selatan Amerika, dengan sebutan yang hampir sempurna.

"Bagi saya, lagu kebangsaan Denmark bertajuk 'Der er et yndight' adalah yang paling susah kerana banyak hurut 'tersembunyi'," katanya.

Kata See Xien, dia baru sahaja menghafal lagu kebangsaan Myanmar.
"Hasrat saya adalah mempelajari lagu kebangsaan dari semua negara," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana