HASRAT TUN MAHATHIR MAHU KEMBALI JADI PM LANGKAH TERDESAK

Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Ramlee Marahaban menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan hasrat secara terbuka mahu menjadi perdana menteri semula sebagai langkah terdesak.

Ramlee yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah mendakwa Dr Mahathir terdesak untuk menjatuhkan kerajaan dan kepimpinan sedia ada dengan sanggup mengeluarkan pelbagai kenyataan yang tidak relevan.

“Sebelum ini beliau mencalonkan nama wakil daripada barisan pembangkang untuk jawatan perdana menteri, dan mungkin kerana calon yang dicadangkan semuanya tidak boleh diterima masyarakat maka beliau berhasrat menjadi perdana menteri semula,” katanya selepas menyampaikan bantuan Ramadan kepada kira-kira 1,000 golongan asnaf dan ibu tunggal sekitar Zon Bugaya di Dewan Kampung Seraya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kesediaan Dr Mahathir selaku pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia mempertimbangkan menjadi perdana menteri semula sekiranya itu yang dimahukan kepimpinan Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Ramlee berkata legasi Dr Mahathir sebagai negarawan yang diangkat tinggi suatu ketika dahulu telah diruntuhkan oleh dirinya sendiri, ekoran itu adalah mustahil hasrat yang dilontarkan itu menjadi kenyataan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana