GUAN ENG GAGAL KAWAL NAFSU TAMAK DI PULAU PINANG

Sudah sampai masanya parti rasis dan cauvinis DAP ditolak rakyat negeri Pulau Pinang. Negeri Pulau Pinang akan semakin rosak dan parah jika membiarkan kerajaan parti rasis dan cauvinis DAP terus memerintah.

Rakyat yang pernah terpedaya dengan janji-janji manis parti rasis dan cauvinis DAP yang sememangnya tidak boleh dipercayai, sudah sepatutnya mula sedar demi kebaikan mereka di masa akan datang.

Walaupun parti yang didominasi bangsa Cina itu sering mendabik dada mengatakan mereka mampu mentadbir negeri yang mereka kuasai dengan baik, namun saban hari semakin terserlah kegagalan kerajaan DAP mentadbir negeri Pulau Mutiara itu.

Sepanjang sembilan tahun kerajaan DAP memerintah, sudah terlalu banyak kerosakan yang telah dibuat hingga menimbulkan keraguan sama ada Pulau Pinang masih kekal menjadi salah sebuah negeri di dalam Malaysia atau sudah menjadi sebuah negeri yang telah dijual sepenuhnya oleh kepada pihak luar.

Jadi, memang wajarlah apabila Lim Guan Eng yang merangkap Ketua Menteri negeri ini digesa meletak jawatan. Itulah yang digesa oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan.

Gesaan itu ekoran kerakusan kerajaan DAP Pulau Pinang menjual hartanah kepada pelabur dalam dan luar negara sememangnya tidak boleh dinafikan lagi.

“Letak jawatanlah Lim Guan Eng. Kehadiran kamu di Pulau Pinang memang benar-benar merosakkan negeri yang kami cintai ini.

“Apa yang saya lakukan semalam merupakan antara beberapa aduan yang telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap tindak tanduk Lim Guan Eng yang begitu tamak menjual segala jenis hartanah yang ada di Pulau Pinang.

“Ramai yang telah sedar bahawa apa yang telah dilakukan oleh Guan Eng ini cukup menyalahi undang-undang.

“Bayangkan, bagaimana seorang Ketua Menteri telah menyalah gunakan kuasanya untuk membolehkan beberapa bidang tanah di jual di bawah harga pasaran sebenar. Apa tujuan dia melakukan perkara sedemikian?,” tempelak Huan.

Salah satu sikap jelik Guan Eng yang seolah-olah sukar dihapuskan lagi adalah sikap yang gemar menunding jari kepada pihak lain untuk dipersalahkan jika berlaku kekurangan dalam pentadbiran.

Guan Eng yang merangkap Setiausaha Agung DAP tidak pernah mengakui salah sendiri, malah sering menggunakan frasa popular beliau dengan mengatakan semua ini salah Kerajaan Persekutuan walhal segala urusan negeri di bawah kuasa beliau sendiri.

“Jadi, untuk apa menyalahkan Kerajaan Persekutuan jika diri sendiri gagal mengawal nafsu tamak?

“Terus terang saya katakan bahawa Lim Guan Eng sudah hilang maruah dan intergriti untuk menerajui sebuah negeri.

“Dengan kes mahkamah yang sedang dia hadapi disamping pelbagai tuduhan dan pertikaian keatas tingkah lakunya, untuk apa lagi Lim Guan Eng menerajui negeri kelahiran saya?,” soal Huan.

Khamis lalu, beberapa gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri Pulau Mutiara ini tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kumpulan NGO berkenaan diketuai Huan. Huan berkata, pihaknya terkejut kerana tanah berkenaan yang bernilai ratusan juta telah dijual secara tanpa tender terbuka kepada syarikat luar negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana