Gagal... janji datang tapi Azmin tidak muncul di Ipoh

Ingat tak lagi Datuk Seri Azmin Ali masa Kongres Nasional PKR baru-baru ini berjanji memberikan keutamaan kepada Perak yang didakwanya 'negeri angkat saya'.

Ceewah... orang Perak yang percaya, kasihan, beluam apa-apa lagi, program pertama Azmin di Perak selepas kata-kata manis tersebut 'failed'.

Entah apa yang menyebabkan Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali gagal hadir dalam majlis berbuka puasa di Ipoh di saat-saat akhir Sabtu.

Kalau mengikut jadual asal beliau dijadual berbuka bersama-sama dengan tokoh-tokoh penting Pakatan Harapan di Ipoh, Perak, dalam majlis diberi nama Majlis Berbuka Puasa Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perak bersama NGO di sebuah restoren menyaji “beriani” semalam.

Semua tokoh penting pembangkang sama ada yang beragama lslam ataupun yang bukan hadir termasuklah Nga Kor Meng, Pengerusi DAP negeri Perak, Nizar Jamaluddin (PAN) dan lain-lain.

Pihak media yang menunggu sejak jam 6.00 petang lagi kelihatan resah kerana tokoh VVIP PKR itu sepatut hadir dan berucap masih tidak kelihatan. Gambaran diwajah kebanyakan mereka yang hadir berada pada tahap resah.

Akhir sudah lama sangat menunggu ibarat buah tak gugur  ramai wartawan tempatan yang kecewa mengambil keputusan pulang  awal setelah diberitahu bahawa Azmin Ali yang dijadualkan hadir  tidak dapat dating.

Pada majlis yang bermula jam 6.30 petang itu, Pengerusi Perhubungan PKR Perak, Dr Mohammad Nur Manuty  telah mengumumkan  bahawa beliau mewakili Azmin Ali yang tidak dapat hadir di majlis itu .

Rakan media `geleng kepala’  agak kecewa kerana ada diantara mereka datang ke majlis itu agak awal semata-mata ingin membuat liputan berita kerana kehadiran Azmin.

Maklum saja kehadiran beliau penting lebih-lebih lagi kekuatan PKR sama ada diperingkat negeri Selangor ataupun secara keseluruhan terletak diatas bahunya, bahkan beliau dilihat calon Perdana Menteri jika pembangkang menang dan jika Anwar gagal melayakkan diri ke jawatan berkenaan.

Namun ucapan yang diberikan lebih kepada isu persiapan parti dalam Pakatan Harapan dimana Dr Mohammad Nur Manuty menyarankan agar jentera parti bekerja keras dan berjiwa besar untuk men menghadapi BN pada PRU ke 14 yang dijangka diadakan dalam masa terdekat ini.

Sebaik selesai majlis dan sidang media Dr Muhammad Nur Manuty  memberitahu wartawan bahawa Azmin Ali dijangka hadir pada satu majlis di Hutan Melintang pada 21 Jun ini dan semua media dijemput hadir.

Difahamkan kedatangan Azmin ke kawasan itu nanti dijangka memberi sokongan moral kepada  Adun PKR Hutan Melintang S. Kesavan yang jelas kebelakangan ini telah menimbulkan kontroversi  dengan bertindak tidak matang sebagai seorang ahli politik.

DUN Hutang Melintang menjadi fokas umum apabila ia berjaya dimenangi calon pembangkang menyebabkan undi majority Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, ddalam pilihanraya umum ke13 lalu bagi Parlimen Bagan Datuk merosot.

Pembangkang ingin mengulangi kejutan ini sekali lagi dalam PRU ke14. Membawa Azmin ke sini menjelang PRU ke14 sebagai satu strategi terbaru mereka.

Untuk rekod media kebelakangan ini memaparkan sikap Kesavan yang mencetus kontraversi bagi menarik perhatian pengundi di DUN Hutan Melintang seperti terbaru mengadakan mogok lapar diperkarangan pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Ipoh, Perak .

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir enggan mengulas lanjut mengenai kelakuan ADUN PKR itu tetapi sebaliknya menyarankan rakyat di negeri itu agar menilai sendiri sikap wakil rakyat yang mereka undi pada pilihanraya lalu.

Beliau berkata biarlah rakyat menilai sendiri  tindakan Kesavan yang bermogok lapar diperkarangan pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak kelmarin. ``Ikut suka dia lah, biar rakyat menilai lah.

``Rakyat akan buat penilaian, kelakuan-kelakuan wakil rakyat sebegini.’’, katanya kepada media  pada Sabtu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana