GABUNGAN SABAH ANGGAP SHAFIE, WARISAN TIDAK IKHLAS

Gabungan Sabah, pakatan parti pembangkang tempatan negeri ini, menyifatkan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diketuai Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak ikhlas untuk bekerjasama bagi berdepan dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Pengerusinya, Datuk Mohd Noor Mansoor, berkata keadaan itu menyebabkan pihaknya sukar menjalin kerjasama dengan Warisan bagi membentuk sebuah pakatan pembangkang untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN.

Beliau berkata, walaupun Gabungan Sabah tidak sekuat Warisan dari segi kemampuan kewangan, ia masih berupaya menarik sokongan rakyat untuk mengalahkan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang dijangka diadakan pada tahun ini.

"Shafie pada mulanya seperti mahu bekerjasama dengan kita. Sebelum ini, dia selalu jemput saya dan pemimpin parti Gabungan Sabah dalam program parti itu tetapi kita lihat dia ada agenda tersembunyi dan dari situ menampakkan Warisan sebenarnya tidak ikhlas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan), Datuk Lajim Ukin, di sini, malam ini. Gabungan Sabah merangkumi kerjasama parti pembangkang tempatan Sabah iaitu Harapan, Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS).

Dalam hal lain, Mohd Noor berkata gabungan itu sudah menyelesaikan kira-kira 80 peratus pengagihan kerusi yang akan ditandingi keempat-empat parti bagi mengelak pertembungan sesama sendiri pada PRU-14.

Terdahulu, Lajim berkata setakat ini belum ada perbincangan dengan parti pembangkang lain berhubung usaha memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN.

"Walaupun kita tahu ada parti yang tidak mahu mengalah apabila perkara ini dibincangkan, akhirnya mereka perlu sedar hanya pertandingan satu lawan satu dapat memastikan peluang kita untuk mengalahkan BN lebih cerah," katanya.

Katanya, parti Harapan yang diketuainya sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya menerusi pembentukan jentera di semua kawasan yang bakal ditandingi parti itu.

Sumber : BERITA HARIAN

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana