Dr Mahathir dakwa DoJ berhak rampas aset berkait 1MDB....Makin Buruk Perangai Madey Ini

SHAH ALAM: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang untuk merampas aset yang dipercayai diperolehi dari wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang bernilai AS$540 juta.

Menerusi temubual di Facebooknya, Dr Mahathir berkata tindakan itu boleh diambil kerana jenayah itu dilakukan di Amerika Syarikat.

Menjelaskan 'jenayah' itu, bekas perdana menteri itu juga perbelanjaan sebesar itu yang dilakukan rakyat Malaysia yang membeli aset dan hartanah dalam jumlah yang besar merupakan sebahagian dari skim penggubahan wang haram.

“Bila orang curi duit atau dapat duit banyak daripada contohnya perniagaan dadah, mereka perlu bersihkan duit itu seolah-olah mereka dapat secara halal.

“Macam mana dia buat, dia pergi ke negara lain dia beli harta. Jadi duit itu sudah jadi harta. Itu boleh mengelakkan dia mempunyai duit yang banyak. Itulah yang dia buat, beli harta banyak yang mahal-mahal di Amerika.

“Jadi Amerika berhak bertindak. Ini jenayah di Amerika bukan jenayah di Malaysia,” demikian memetik sebahagian wawancara di Facebooknya, hari ini.

1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam kenyataannya hari ini terhadap dokumen terbaru yang difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk merampas aset bernilai RM2.3 bilion yang didakwa dilarikan, menyifatkan 'bukti' itu sebagai tidak jelas.

Ia menyusul selepas DoJ pada semalam memfailkan dokumen lebih dari 200 mukasurat di sebuah mahkamah di California sebagai usaha merampas aset dan hartanah mewah yang didakwa dibeli menggunakan wang yang dilarikan 1MDB.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan melakukan salah laku dalam pengurusan syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Menerusi tuntutan DoJ juga ahli perniagaan Low Taek Jho dinamakan sebagai yang ada kaitan dengan penggunaan wang berkaitan 1MDB yang membeli hartanad yang hendak dirampas.

“Kita kena dapat kerajaan yang prihatin, yang tidak boros belanja, tidak salah gunakan kuasa, tidak salah gunakan kewangan negara. Sebaliknya semua ini boleh dilakukan dengan baik kalau kita tukar kerajaan yang janji untuk berkhidmat untuk rakyat dan tunaikan janji itu,” kata Dr Mahathir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana