DOJ For Dummies - Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Saman Sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat?

1. Asas kepada saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) AS untuk mengambil alih sesuatu aset adalah 'ADUAN AWAM' dan bukan "BUKTI-BUKTI PRIMA FACIE" hasil dari siasatan pihak berkuasa AS.

2. Jika DOJ mempunyai bukti yang kukuh mengenai sesuatu kegiatan penggubahan wang, sudah tentu DOJ boleh secara terus mendakwa pesalah terbabit di mahkamah AS dan aset tersebut boleh dirampas menggunakan Akta Penggubahan Wang Haram AS.

3. Bagaimanapun, disebabkan DOJ kekurangan bukti prima facie, maka DOJ tiada pilihan melainkan terpaksa menggunakan saman sivil bagi mengambil alih aset-aset yang disyaki hasil dari kegiatan jenayah.

4. Melalui saman sivil, DOJ tidak perlu mempunyai bukti yang kukuh, cukup sekadar aduan awam. Sebaliknya pihak tertuduh pula yang perlu membuktikan aset-aset yang diperolehi bukan dari hasil jenayah penggubahan wang atau jenayah-jenayah lain.

5. Seperti yang disebut oleh DOJ sendiri “a civil forfeiture complaint is merely an allegation that money or property was involved in or represents the proceeds of a crime. These allegations are not proven until a court awards judgment in favor of the U.S.”. Maksudnya, tiada sebarang dakwaan yang telah dibuktikan sebaliknya ia adalah berasaskan aduan semata-mata.

6. Bolehkah DOJ membuktikan jenayah telah dilakukan melalui saman sivil ini? Tidak. Saman sivil ini hanya untuk mengambil alih aset yang disyaki diperolehi dari sumber haram. Dalam kes bekas Presiden Taiwan, walaupun aset beliau dirampas dan dijual oleh DOJ, tetapi tiada sebarang bukti yang membolehkan DOJ mengambil tindakan ke atas beliau.

7. Dalam kes bekas Presiden Taiwan, aset yang diambil alih adalah hartanah bernilai AS$2 juta pada tahun ia dibeli, iaitu pada tahun 2008. Bagaimanapun selepas 8 tahun, termasuk selepas saman sivil difailkan dan perbicaraan mahkamah, keseluruhannya mengambil masa selama 6 tahun, nilai yang dipulangkan kepada rakyat Taiwan hanyalah AS$1.5 juta. Tidak masuk akal selepas 8 tahun, nilai hartanah tersebut masih tidak meningkat. Lebih tidak masuk akal lagi apabila nilainya menurun kepada hanya AS$1.5 juta.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana