Dekat PRU Ni Dengan Pelbagai Lagi Issue Akan TImbul.....

Puak pembangkang dari Pakatan kini sedang memutarbelit propaganda terbaru mereka mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak membayar peguam Tan Sri Shafee Abdullah untuk menyumbat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam penjara dengan merujuk kepada dua pembayaran berjumlah RM9.5 juta yang dibuat pada 11 September 2013 dan 17 Februari, kononnya wang itu adalah dari 1MDB.
Fitnah terbaru mereka ini seperti dijangkakan, dicetuskan oleh Sarawak Report dan kemudiannya dilapor semula portal dibiayai penyangak matawang, George Soros dan ahli politik Pakatan, Malaysiakini.

Pada masa sama, Wall Street Journal dan Sarawak Report pernah melaporkan Najib memulangkan sebahagian besar wang RM2.6 bilion yang mereka dakwa adalah dari 1MDB dan kemudian menutup akaun itu pada 30 Ogos 2013. Rujuk: http://www.malaysiakini.com/news/308646
Faktanya, Pakatan mendakwa wang 1MDB dipulangkan dan akaun itu ditutup pada 30 April 2013.
Kini anda mendakwa kononnya pembayaran dibuat kepada Shafee adalah pada September 2013 dan Februari 2014 itu adalah dari wang 1MDB.

Mana sekolah? Wang dikembalikan, akaun ditutup tetapi beberapa bulan selepas itu masih boleh mengeluarkan wang dari akaun yang sama yang kononnya duit 1MDB?
Dan, sudah banyak kali dinyatakan, akaun peribadi Najib itu digunakan untuk aktiviti Umno.
Bagi kes Anwar pula, pembayaran dibuat kepada Shafee langsung tidak munasabah kerana keputusan Mahkamah Rayuan pada 2014 dan hukuman muktamad Mahkamah Persekutuan pada 2015 adalah daripada keputusan dibuat 8 orang hakim yang mendengar segala bukti dan sebulat suara memerintahkan Anwar disabitkan kesalahan.Tugas Shafee adalah pendakwaan. Adalah tugasnya membentangkan bukti dan kes yang dikemukakan mendapat sabitan.

Soalan mudah bagaimana sperma Anwar berada dalam simpanan polis masih tidak boleh dijawab Pakatan. Adakah Anwar 'tercicir' spermanya di merata tempat untuk sesiapa ambil?
Dan apa jadi kepada 12 orang saksi yang didakwa boleh membuktikan Anwar tidak bersalah?
Juga, Shafee tidak boleh mengesahkan atau mendedahkan jumlah pembayaran, kerana ia boleh menyebabkan lesen guamannya dibatalkan.

Ini adalah keistimewaan antara peguam dan anak guam yang perlu dihormati.
Selama berapa tahun sebelum ini, Pakatan juga mendakwa Shafee adalah peguam Umno yang mengendalikan kes bagi pihak Umno dan ahli politik Umno.

Peguam, terutama mereka yang memiliki firma guaman sendiri seperti Shafee tidak bergantung kepada satu kes sahaja pada satu-satu masa. Mereka kendalikan banyak kes dan ada berdasarkan kepada yuran retainer.

Maka apa masalahnya untuk Umno membayar seorang peguam Umno?

Adakah Anwar atau Pakatan mahupun Lim Guan Eng pernah mendedahkan berapa bayaran dibuat kepada peguam mereka dalam kes mereka di mahkamah? Tidak pernah.
Dulu kata Najib songlap wang RM2.6b dan wang SRC masuk poket sendiri.
Kini mereka dakwa Najib tak masuk poket sendiri tetapi digunakan untuk bayar pelbagai ahli politik, syarikat media, Sultan Pahang, caj peguam dan NGO pulak?

Bukan songlap masuk poket sendiri lagi ke?
Yang mana satu ini?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana