DAP Tidak Pernah Puas Melakukan Provokasi Keatas Melayu Dan Islam

Di mata para penyokong DAP, parti ini merupakan sebuah parti yang mementingkan hak samarata. Bagi mereka, DAP bukanlah musuh buat kaum Melayu yang kesemuanya beragama Islam. Dakwa mereka, DAP sama sahaja seperti parti politik yang lain di mana apa yang dipentingkan oleh DAP adalah ketelusan dalam pentadbiran.

Namun, hakikat yang kerap kali disajikan oleh DAP nyata jauh sekali dari apa yang diperkatakan oleh para pentaksubnya. Sejak dari 1966, apa yang diinginkan DAP adalah hak samarata antara kaum dan agama di Malaysia. Malah, bukan satu rahsia lagi bahawa DAP memang tidak memerlukan Raja-Raja Melayu untuk terus menjadi tunjang kepada perlembagaan negara.

Apa yang diinginkan DAP adalah sebuah negara Republik yang beridealogikan cara pentadbiran di Singapura dengan menolak sama sekali agama Islam sebagai agama rasmi negara. Belum pernah ada sebarang kenyataan kukuh yang memperlihatkan DAP akan kekal meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara. Apa yang mereka perjuangkan adalah, hak sama rata tanpa memperdulikan apa jua bantahan yang dikemukakan.

Lihat sahaja bagaimana mereka mula melakukan perbuatan yang dianggap sebagai biadab apabila cuba menghalang laungan azan Subuh dikumandangkan di beberapa lokasi di seluruh negara. Itu belum lagi dengan tindakan pemimpin mereka yang sewenang-wenangnya mencemarkan kesucian rumah-rumah Allah dan mengeluarkan komen-komen jelik terhadap Islam.

Terbaru, lihat sahaja bagaimana pengakuan Teresa Kok yang mendakwa penganjuran Jerusalem’s Jubilee merupakan acara keagamaan penganut Yahudi dan Kristian untuk memperingati perjalanan kerohanian sebagai seorang pengikut Jesus yang setia.

Bagi mereka yang bukan ilmuan dalam mengkaji hubungan Yahudi dan Kristian, mungkin akan terpedaya dengan kenyataan Teresa Kok ini. Hakikat sebenarnya, agama Kristian bukanlah sekutu kepada Yahudi di mana Islam juga turut menggariskan bahawa umatnya dilarang dari menjalinkan apa jua hubungan dengan kaum di laknat ini.

Namun, bagi DAP khususnya Teresa Kok dan Lim Kit Siang, mereka mempersetankan segala hujah yang melarang apa jua bentuk hubungan dengan kaum Yahudi. Malah, mereka sewenang-wenangnya memperkotak katikkan pendirian Malaysia bahawa negara tidak akan walau sesekalipun menjalinkan apa jua hubungan atau menganjurkan apa jua bentuk upacara keagamaan Yahudi di Malaysia.

Persoalannya, sampai bila DAP mahu meneruskan provokasi keagamaan mereka hanya untuk politik? Sudah terlalu kerap pemimpin DAP memperolokkan Islam kerana mahu menjadikan parti berkenaan sebagai sebuah parti yang kuat di Malaysia. Lebih menyedihkan, ada dikalangan umat Islam sendiri sanggup di perbodohkan DAP hanya semata-mata mahu mengejar kuasa.

Terimalah hakikat bahawa Malaysia ini secara majoritinya di diami oleh umat Islam. Tidak seharusnya DAP secara berterusan cuba melakukan provokasi agama hanya mahu meraih sokongan. Malaysia seumpama semangkuk rojak di mana di dalamnya terdapat pelbagai juadah digaulkan sekali. Usah disebabkan kuasa, segala kemananan yang kita nikmati ini tergadai.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana