DAP TAK AKAN KEKAL DI PULAU PINANG JIKA TERUS MELAKUKAN KEZALIMAN KEPADA RAKYAT

Nampaknya Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak boleh bermegah-megah lagi mengatakan mereka bagus dalam mentadbir negeri yang mereka kuasai. Saban hari kegagalan demi kegagalan sudah kian terserlah sehingga membuatkan rakyat sudah muak dan hilang keyakinan kepimpinan DAP.

Sememangnya sudah tiba masanya rakyat negeri Pulau Pinang menolak kerajaan parti rasis dan cauvinis DAP daripada terus memerintah negeri ini. Semenjak pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang bertukar tangan dari Barisan Nasional (BN) kepada DAP, banyak malapetaka yang dibawa kerajaan parti itu.

Kerajaan DAP Pulau Pinang yang di bawah pimpinan Lim Guan Eng terus menzalimi rakyatnya, terutamanya bangsa Melayu. Parti MCA dan Gerakan boleh menjadi saksi kezaliman yang dilakukan kerajaan DAP terhadap rakyat.

Jadi, tidak menghairankanlah apabila ada desas-desus yang mengatakan penggal ini merupakan yang terakhir bagi Kerajaan DAP Pulau Pinang berkuasa di negeri pulau mutiara itu. Penggal pertama dan kedua, DAP perintah, kerana ada rakyat terpengaruh dengan propaganda jahat mereka.

Namun sekarang ini, parti rasis dan cauvinis DAP tidak mampu lagi hendak menipu pengundi buat kali yang ketiga. Ada 10 faktor utama yang menjadi penyebab kepada kekalahan itu.

Pertamanya, 25 buah kampung Melayu telah lenyap hasil pemerintahan ‘kejam’ DAP. Keahlian UMNO pula naik dengan mendadak sehingga 35 peratus, di samping keahlian PAS juga naik 30 peratus. Petunjuk pengundi Melayu juga bertambah 9% berbanding PRU13 yang lalu menjadi 44%.

Faktor keempat yang paling menakutkan DAP, apabila terdapat 18 DUN di negeri itu yang majoritinya adalah pengundi Melayu. Ini kerana rakan sekutunya dalam puak Pakatan Harapan, PKR mungkin hilang semua kerusi jika PAS masuk di semua kawasan ini.

Selain itu, kajian mendapati sokongan terhadap DAP menurun 25 peratus di kawasan sebelah pulau kerana sikap diktator Guan Eng. Ini menjadi faktor kelima mengapa DAP akan tumbang di sana.

Buat DAP lebih gelisah apabila sokongan pengundi terhadap ‘parti cauvinis’ itu juga turun merudum sebanyak 35 peratus di Seberang Perai. Ini diakui kerana ketidakcekapan kerajaan DAP dalam isu-isu seperti tebatan banjir serta tambak laut yang menjejaskan kehidupan nelayan.

Umum mengetahui Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri sedang hadapi skandal rasuahnya. Ini adalah ‘bala’ terbesar buat Guan Eng. Guan Eng jelas sudah kantoi dalam isu banglo ini, hanya menunggu masa untuk mendapat hukuman sahaja.

Skandal banglo, rasuah kroni dan isu Taman Manggis menjadi faktor penyebab pengundi bakal menolak DAP di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Manakala faktor kesembilan yang sedang menghantui DAP di Pulau Pinang adalah isu rasuah yang melibatkan kroni Guan Eng, isu terowong, serta isterinya sendiri.

Ini menyebabkan rata-rata pengundi sudah mula muak dan rasa tertipu dengan Guan Eng yang sebelum ini amat sombong bila bercakap soal kronisme dan nepotisme.

Faktor terakhir yang bakal membuatkan DAP ‘berputih mata’ untuk terus mengekalkan kuasanya di Pulau Pinang adalah perpecahan dalaman parti, yang kebanyakan pemimpin akar umbinya tidak berpuas hati dengan Guan Eng dan keluarganya.

Apa tidaknya, keseluruhan parti itu diurus mengikut cara mereka sendiri bagi mengekalkan kuasa ‘Legasi Lim’. Sebab itu sudah ada suara-suara mendesak Guan Eng meletak jawatan sahaja.

Inilah 10 faktor yang menjadi penyebab kerajaan DAP di Pulau Pinang bakal kalah teruk dan akan dihukum oleh pengundi pada PRU14 nanti. DAP dijangka akan hilang 5 kerusi, PKR dijangka kalah semua kerusi pada PRU14 nanti.

Barisan Nasional (BN) dan PAS akan menambah kerusi. Rakyat Pulau Pinang tidak mahu jadi bodoh buat kali ketiga. Cukuplah dua kali terkena dengan janji-janji manis DAP, rakyat tidak sabar hendak menghukum DAP di atas kertas undi nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana