DAP PERCAYA MAHATHIR SUDAH INSAF, TAK MAIN WAYANG LAGI – LIM LIP ENG

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata kebanyakan pemimpin dan ahli DAP menyedari bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah insaft dan tidak “bermain wayang” dengan Pakatan Harapan.

DAP sudah mula menerima kehadiran Dr Mahathir selepas hampir setahun negarawan itu menyertai pembangkang melawan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

“Kita rasa masa sudah menunjukkan Dr Mahathir ini bukan buat wayang lagi, dia betul-betul ikhlas dalam perjuangan bersama Pakatan Harapan.

“Dr Mahathir juga ada sebut beliau sudah insaf. Saya rasa kebanyakan walaupun bukan semua ahli dan penyokong DAP yang lawan Dr Mahathir sebelum ini tahu beliau sudah berubah, malah beliau juga tahu apa yang betul apa dan yang tak betul,” katanya kepada FMT kelmarin.

Menurutnya, kesungguhan Dr Mahathir dapat dilihat apabila beliau bekerja keras meyakinkan rakyat agar menolak BN pada pilihan raya akan datang.

“Mula-mula memang ada penyokong atau ahli DAP yang ragu tapi lepas hampir setahun, mereka sudah mula terima kehadiran Dr Mahathir sebab kita tengok seorang ‘datuk’ yang begitu tua – umur sudah 93 tahun – bertungkus lumus lari sana sini masuk Felda, buat perhimpunan dan ceramah di kampung dan kita rasa terharu dan tertarik dengan keikhlasan beliau.

“Bukan senang untuk seorang warga tua umur 93 tahun lari sana sini beri ceramah,” katanya.

Mengulas cadangan agar Dr Mahathir memegang semula jawatan Perdana Menteri, Lip Eng berkata DAP sebulat suara menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri dan tidak ada individu lain.

“Calon Perdana Menteri masih Anwar. Kita tetap dengan pendirian pucuk pimpinan DAP, ,kita pilih Anwar,” katanya.

Sumber : FMT

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana