DAP HILANG SATU LAGI ADUN?LAGI HANCUSS LAGI BAGUS

DALAM kepanasan skandal-skandal yang melibatkan Lim Guan Eng di Pulau Pinang, parti DAP turut bergolak dan berkemungkinan akan ada ADUN DAP yang keluar parti cauvinis itu.

Yang terbaru, dilaporkan bahawa parti DAP telah menggantung tugas rasmi seorang pemimpin Sabah dan wakil rakyatnya, Dr Edwin Bosi. Beliau didakwa telah merosakkan imej parti.

Setiausaha Jawatankuasa Disiplin Tai Sin Piau mendakwa tindakan ke atas Edwin diambil ekoran terdapat bukti bahawa pemimpin itu berulang kali mengugut untuk melompat parti atau menjadi calon Bebas jika tidak dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum.

Edwin juga didakwa berulang kali menyebut hilang kepercayaan kepada Pengerusi PKR negeri, Stephen Wong dan menuduhnya menunjukkan kepimpinan yang lemah.

Edwin juga dilaporkan berminat menyertai Parti Cinta Sabah (PCS) yang diketuai ADUN Tamparuli, Datuk Seri Wilfred Bumburing, bagaimanapun beliau menafikan khabar tersebut. Beliau digantung selama 3 bulan berkuatkuasa semalam tetapi masih memegang jawatan Timbalan Pengerusi DAP Sabah dan ADUN Kepayan.

Logiknya, penggantungan ini jelas untuk memalukan ADUN Kepayan ini. Dalam masa yang sama, adalah lebih memalukan jika beliau masih mahu bersama parti yang telah menjatuhkan maruah beliau.

Untuk rekod, DAP telah mengantung tugas beberapa ahli politik di atas sebab-sebab tertentu. Di antaranya:
24 September 2011 – Anggota parlimen Kota Alam Shah M Manoharan digantung 6 bulan kenyataan kontroversi berhubung bendera Malaysia. Manoharan membuat kenyataan di Facebook bahawa beliau enggan mengibarkan Jalur Gemilang kerana mendakwa tidak menggambarkan Malaysia, tetapi lebih kepada BN.

15 Januari 2013 – ADUN Pulau Tikus Koay Teng Hai digantung keanggotaan parti selama 6 bulan kerana beliau tidak menghadiri mesyuarat penting pada persidangan Dewan Undangan Negeri.

20 Mac 2016 – ADUN Duyong, Goh Leong San digantung keahlian daripada DAP dan diisytiharkan sebagai wakil Bebas pada Persidangan Pertama, Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-13 negeri Melaka.

12 Februari 2017 – Ahli Parlimen DAP Kota Melaka, Sim Tong Him dan 3 ADUN DAP Goh Leong San (Duyong), Lim Jack Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang) telah keluar parti DAP. Mereka sudah hilang keyakinan dengan Lim Guan Eng DAP dalam mengendalikan isu luaran dan dalaman parti.T ong Him dan Leong San sebelum ini digantung Jawatankuasa Disiplin DAP selama setahun.
Seperkara lagi, bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pernah mendedahkan bahawa punca beliau keluar DAP pada Mei 2012 salah satunya disebabkan rasuah dalam parti itu yang cukup teruk.
“Punca saya ambil keputusan untuk keluar dari DAP adalah kerana amalan rasuh yang amat teruk di dalam parti itu. Ini antara sebab utama selain saya tidak bersetuju dengan perhimpunan BERSIH yang dianjurkan Pakatan Rakyat(PR).
Tunku Abdul Aziz berkata, rasuah bermaharajalela di dalam parti itu sedangkan di khalayak umum pemimpin DAP mmelaungkan slogan anti rasuah.

DAP memang hipokrit dan pembohong besar..

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana