DAP Hanya Mahu Pergunakan Mahathir Untuk Pecahbelahkan Melayu Dan Islam

Dek kerana dendam, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pusingan 360 darjah sehingga sanggup berlutut kepada parti kaum Cina DAP yang amat dibencinya suatu ketika dahulu semata-mata mahu menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada mulanya Mahathir mungkin merasakan jika partinya bekerjasama dengan parti yang diterajui Lim Kit Siang dan Lim Guan itu, beliau dapat mempergunakan parti itu untuk laksanakan hajatnya. Namun kini dilihat sebaliknya.

Sebaliknya, parti rasis dan cauvinis DAP dilihat hanya mahu mempergunakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu untuk pecahbelahkan Melayu dan Islam.

Ini dapat dilihat menerusi kenyataan akhbar Cina, China Press. Malah ia juga dilihat seperti Pakatan Harapan bakal kehilangan banyak undi Cina kerana bekas perdana menteri keempat itu.

Menurut kenyataan itu, parti-parti pembangkang kini terlalu sibuk melakukan pembersihan ke atas perbuatan Mahathir. Ini dapat dilihat penulis upahan Roket telah berkali-kali mempromosi betapa pentingnya Mahathir dan cuba untuk mengalihkan perhatian bahawa pembangkang telah menyimpang dari prinsip mereka.

“Facebook Rocket juga berkata dalam posting mereka: “Mari kita bergantung harap kepada Mahathir untuk naik dahulu dan kemudian baharu berurusan dengan Mahathir.”

“Posting ini menjadi begitu menggelikan dan kemudiannya dipadam.

“Kerana ia melibatkan kepentingan awam, adalah memalukan untuk Lim Kit Siang berkata beliau telah memaafkan Mahathir kerana orang kuat Rocket telah kehilangan integriti dan sama sekali tidak layak untuk memaafkan Mahathir bagi pihak pembayar cukai dan pengundi.

“Anak muda yang dilahirkan selepas tahun 80-an mungkin tidak memahami bahawa negara ini hari ini menerima bencana yang ditinggalkan oleh Mahathir,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, selain menjadi promoter kronisme, Mahathir memecat Ketua Hakim Negara dan merosakkan kebebasan badan kehakiman Malaysia, serta memaksa media cetak untuk memperbaharui lesen percetakan secara tahunan untuk mengawal kandungan berita mereka.

Jika parti PAS dibawah pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah serik untuk ‘berkawan’ dengan DAP, namun Mahathir dengan partinya pula ‘menyerah diri’ untuk dipergunakan DAP. Ini jelas apabila Pakatan Harapan kini dikuasai DAP, walaupun ia tidak diakui oleh mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana